Kamis, 02 April 2009

Perbandingan-perbandingan yang lebih sesuai.


Lazimnya, kebanyakan orang Islam telah cuba membandingkan nabi Muhammad dengan 'Isa Al-Masih dan Al-Qur'an dengan Al-Kitab (Bible) (lihat carta)

PERBANDINGAN YANG LAMA Kedua-duanya adalah:
Al-Qur'an dengan Al-Kitab Kitab-kitab semata-mata
Muhammad dibandingkan dengan Isa Al-Masih Manusia

Tidak hairanlah umat Islam dan Kristian telah mengadakan perbincangan yang kurang bermanfaat! Satu pendekatan yang lebih tepat ialah untuk membandingkan apakah wahyu Allah yang teragung di dalam fahaman Islam dengan wahyu Allah yang teragung menurut fahaman Kristian. Menurut kategori-kategori ini, perbandingan yang lebih sesuai ialah diantara: Al-Qur'an dengan 'Isa Al-Masih, Muhammad dengan rasul-rasul 'Isa atau hawari-hawari, Al-Kitab (Bible) dengan Hadith, Tarikh, sira dan Tafsir.

PERBANDINGAN YANG LEBIH SESUAI Kedua-duanya adalah:
Al-Qur'an dengan Isa Al-Masih Wahyu Allah teragung
Muhammad dengan rasul-rasul Hazrat 'Isa Pelapor-pelapor wahyu (Reporters of the Revelation
Hadith, Tarikh, Sira dan Tafsir dengan Al-Kitab/Bible Ajaran-ajaran dan sejarah catatan Wahyu itu

Walaupun kaedah ini membolehkan kita saling memahami sesama sendiri, kita harus memerhatikan bahawa Injil menyatakan terutamanya mengenai Isa (as) sendiri lebih daripada cara hidupNya. Hadis dan Sira, sebaliknya membincangkan cara hidup Muhammad, perbuatan-perbuatannya dan cuma sedikit saja mengenai penafsiran tentang apa yang diucapkannya.

Dalam sebarang perbincangan di antara umat Islam dengan Kristian, kita haruslah membandingkan Isa Al-Masih dengan Al-Qur'an, bukanlah Al-Kitab/Bible dengan Al-Qur'an. Umat Kristian tidak merujuk kepada Al-Kitab tetapi menganggap Isa Al-Masih sebagai Wahyu Allah yang muktamad. Isalah merupakan Kalimat Allah yang muktamad dan sesiapapun dapat mengenalNya melalui pertolongan Ruh Allah -yang akan mendedahkanNya melalui catitan-catitan Injil dan juga melalui pengalaman peribadi.

Itulah sebabnya bagi pendirian kami bahawa Injil adalah catatan yang diilhamkan Allah yang tidak tercemar, dan mengandungi sejarah perbuatan-perbuatan dan kata-kataNya sehingga peristiwa-peristiwa kelahiran, kehidupan dan kebangkitan Isa Al-Masih. Hanya dia sahaja, apabila kita mendekatinya dengan iman; akan mendedahkan Allah kepada kita. Allah adalah jauh lebih besar dan di luar jangkauan ungkapan-ungkapan penjelasan manusia. Dia telah menjelmakan diriNya sendiri kepada kita.

Pada hari ini, Ruh Allah masih memimpin jiwa-jiwa yang sedang mencari kebenaran kembali kepada Isa Al-Masih di mana Allah telah menjelmakan diriNya. Kami harus membiarkan mereka yang berpuas hati dengan wahyu yang didakwa diturunkan Allah bergantung kepada kesaksian kata-kata seorang manusia bagi menaruh iman mereka dalam risiko. Akan tetapi, kami tidak puas hati dengan hakikat yang kurang daripada pendedahan secara langsung dengan Allah yang.telah menjelmakan diriNya!

Menurut perbandingan-perbandingan ini, tiada persaingannya di antara kedua-dua wahyu ini - Isa Al-Masih dengan Al-Qur'an. Al-Qur'an hanya merupakan sebuah Buku yang ketulenannya bergantung semata-mata kepada seorang manusia fana yang berdosa yang telahpun mengakuinya (Surah 80 ayat 1-3). Ini tidak mungkin menyaingi Isa Al-Masih, yang disanjungi bersama-sama oleh umat Islam dan Kristian sebagai tidak berdosa, iaitu penjelmaan Allah sendiri-Wahyu yang paling sempurna.

"Pada masa lampau, banyak kali Allah berfirman kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi dengan berbagai-bagai cara. Tetapi pada zaman akhir ini Dia telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya.Melalui Anak-Nya inilah Allah menciptakan alam semesta. Allah sudah menetapkan bahawa Anak-Nya inilah yang berhak memiliki segala sesuatu pada akhirnya." (IBRANI 1 ayat 1-2).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Terima kasih, biarkanlah komentar/tanggapan yang akan anda tulis tidak berdasarkan kebencian, kedengkian, atau rasa permusuhan. Tetapi biarkanlah apa yang anda tulis dapat menjadi bahan perenungan, kekuatan, dan sebagai kesaksian anda.
SILAHKAN TULIS KOMENTAR ANDA :

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.