Kamis, 02 April 2009

Pandangan Kristian Mengenai Wahyu


Malangnya, tempat ini kurang tepatnya untuk memulakan perbincangan kita. Bagi umat Kristian, untuk membandingkan Al-Kitab/Bible dengan Al-Quran akan membawa kepada kefahaman yang kurang tepat mengenai konsep 'Wahyu'.

Menurut kefahaman Kristian, Allah tidak mendedahkan diriNya dalam satu cara sahaja, tetapi dalam beberapa cara-cara yang lain, misalnya:

Ciptaan alam semulajadi, iaitu akibat daripada kuasa gubahan ilahi.


Peristiwa-peristiwa, apabila berlakunya mukjizat-mukjizat yang menakjubkan dan apabila Tuhan telah mencelahi secara langsung di dalam urusan manusia.


Rasul-rasul. Melalui utusan-utusan yang telah diberikan kepada mereka.

Wahyu-wahyu ini semua ada pada kita. Akan tetapi kerana pengingkaran Adam di Taman Firdaus, umat manusia telah pun dicemari oleh dosa. Ini telah menutupi fikiran kita dan inilah yang menggugat kita dari mengenal Allah (2 Korintus 4 ayat 4). Akibatnya, manusia sejagat telah dengan sentiasa gagal mengenal Tuhan. Oleh kerana manusia telahpun tercela dan dicemari akibat dosa ini, fahaman berhala dan penyembahan berhala yang kufur bermula dan penghayatan Tuhan Allah yang Maha Esa tidak tercapai.

Akibatnya, Allah telah membuat pilihan muktamadNya. Dia telah menjelma sebagai seorang manusia dan telah berbicara kepada kita, secara langsung. Oleh kerana sifat Tuhan Allah, Dia sahaja yang dapat menjelma secara langsung kepada manusia, dan hanya Allah saja yang berhak bercakap bagi pihak diriNya sendiri. Kalau kamu cuba memberitahu saya siapa itu Allah semestinya kamu akan gagal. Saya dan kamu hanya manusia yang fana, lagipun kita dicemari dosa dan kita memutarbelitkan wahyu Tuhan yang sebenarnya. Allah sendiri seharusnya membuat perhubunganNya dengan kita kerana semua Nabi-nabi dan pengantara yang lain tidak sempurna untuk menjadi 'saluran' bagi jelmaan Ilahi itu! Maka inilah cara keempat Allah telah 'bercakap'


Hazrat Isa, yang juga bergelar Kalimat Allah, telah menjelmakan Tuhan Allah kepada kita dengan sempurnanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Terima kasih, biarkanlah komentar/tanggapan yang akan anda tulis tidak berdasarkan kebencian, kedengkian, atau rasa permusuhan. Tetapi biarkanlah apa yang anda tulis dapat menjadi bahan perenungan, kekuatan, dan sebagai kesaksian anda.
SILAHKAN TULIS KOMENTAR ANDA :

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.