Kamis, 02 April 2009

99 RISALAH-RISALAH KEBENARAN • Maksudnya Tritunggal

MAKSUDNYA TRITUNGGAL

Pengenalan

Lambat-laun sesiapa sahaja yang terdedah kepada agama Kristian akan berdepan dengan perkataan ini: Triniti. Ini adalah satu perkataan yang sering kali di salah-fahami, disalah-sampaikan dan disalah-pakai. Untuk ramai orang, ianya batu sandungan yang menghalang mereka memeluk agama Kristian. Kepada yang lain ianya ajaran sesat mana kala untuk yang lain ianya satu kebodohan. Untuk mendapat idea yang betul tentang apakah sebenarnya intipati akidah ini, seseorang itu perlu kembali kepada kuasa mutlak akidah ini, iaitu Alkitab. Adalah dari sini saya akan berusaha


menyampaikan satu asas Alkitabiah untuk kepercayaan ini


menunjukkan apa maksudnya dan


implikasinya atas mesej agama Kristian dan orang Kristian secara individu.

Sebelum saya lakukan ini, saya ingin memberi beberapa pendapat dan definisi akidah ini supaya kita memiliki satu pandangan yang luas akan hal ini.


Definisi

Perkataan ‘Triniti’ membawa maksud satu Tuhan tetapi yang mengandungi tiga peribadi yang berbeza, bukan dalam sifat atau ‘bahan ilahi’ tetapi dalam jawatan dan perhubungan. Allah satu walaupun tiga. Ryrie menulis: Hanya ada satu Tuhan, tetapi di dalam kesatuan Allah ada tiga peribadi yang kekal dan sama, sama dalam kandungan tetapi berbeza dalam saraan hidup. Ketiga peribadi ini dalam Alkitab diperkenalkan sebagai Bapa, Anak dan Roh Kudus. Jadi, ada tiga peribadi dalam Allah dan ketiga ini adalah Allah yang sama dalam kandungan, kuasa dan kemuliaan. Adalah perlu dinyatakan di sini bahawa perkataan ‘Triniti’ tidak ada di dalam Alkitab walaupun konsep Allah dalam kesatuan-tiga sangat jelas tampak. Perkataan ‘Triniti’ ialah satu istilah falsafah Yunani yang dipakai untuk Allah seperti mana yang didedahkan dalam Alkitab. Ianya bukan satu istilah yang dipakai Isa Al-Masih mahupun rasul-rasulnya.

Akidah ini sangat kompleks dan membingungkan-minda tetapi tidak boleh ditolak oleh sesiapa yang mengkaji Alkitab dengan serius. Apabila ini dilakukan maka akan jelas bahawa Alkitab mengajar bahawa adanya satu Tuhan, dan bahawa adanya tiga peribadi, setiap satu adalah Allah. Jadi akidah Triniti ini membuat tiga pengesahan:


hanya ada satu Allah


Bapa, Anak dan Roh Kudus setiap satu adalah Allah


Bapa, Anak dan Roh Kudus adalah tiga peribadi berbeza.

Saya percaya bahawa dari beberapa definisi ini, minda kita sukar untuk menangkap maksudnya; sesungguhnya ia satu misteri. Kita perlu sedar bahawa konsep ini melebihi keupayaan kuasa pemahaman manusia (dari segi mempunyai fahaman yang penuh) dan tidak ada persamaan yang sempurna di dunia ini. Konsep Triniti bukannya tiga tuhan yang bekerjasama atau satu Tuhan yang menampakkan diriNya dalam tiga modus yang berbeza. Seterusnya, perlu kita tahu bahawa Alkitab tidak berusaha menerangkan misteri ini; ia hanya mengisytiharkannya!

Tidak seorang pun dapat menafikan betapa mulianya rahsia kepercayaan kita: Isa Al-Masih menampakkan diri dengan rupa manusia, dan dinyatakan benar oleh Roh Allah, serta dilihat oleh para malaikat. Dia diisytiharkan antara bangsa-bangsa, dan Dia dipercayai di seluruh dunia, dan telah diangkat ke syurga. (1 Timotius 3:16)

Allah Alkitab ialah Dia yang selalu didedahkan sebagai satu triniti. Marilah kita ke sana untuk memerhatikan kebenaran ini bahawa Allah satu dan Allah tiga.


Triniti dalam Alkitab

Adalah dianggap kita percaya akan kewujudan Allah dan kesempurnaan Alkitab apabila kita memeriksa Firman Allah untuk memerhatikan penyampaian akidah ini. Penyelidikan ini adalah untuk menyesuaikan logik kita kepada kepastian Alkitab dan untuk melihat serta bertindak sesuai dengan penemuan kita. Alkitab mempersembahkan dengan jelas fakta-faktanya dan terpulanglah dengan minda manusia untuk berusaha memahaminya (walaupun ini satu perkara yang sukar untuk difahami). Kita akan sekarang melihat empat fakta yang dinyatakan oleh Alkitab; empat fakta yang menjadi tiang-tiang utama akidah ini. Kita juga akan memberi perhatian kepada beberapa contoh dalam Alkitab di mana fakta-fakta ini dinyatakan bersama.


Fakta Pertama: ALLAH ITU ESA

Perjanjian Lama dengan tegas menyatakan bahawa Allah itu esa dan tidak ada Allah lain yang benar. Walaupun dikelilingi bangsa-bangsa yang percaya dalam banyak tuhan, orang Israel berdiri teguh mengisytiharkan kewujudan Allah yang esa. Setiap orang Yahudi memulakan doanya dengan melafazkan Ulangan 6:4, yang berbunyi: Dengarlah, hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu esa! Orang Yahudi menyembah Allah yang esa dan kebenaran ini nampak dalam ayat-ayat lain Alkitab: Ulangan 4:35, Yesaya 44:6 dan Mazmur 86:10. Hanya ada satu Allah dan iman orang Yahudi serta ajaran Perjanjian Lama bersandar atas kebenaran ini.

Begitu juga dalam Perjanjian Baru. Apabila menjawab satu pertanyaan mengenai perintah manakah yang paling utama, Isa Al-Masih memulakan jawapannya dengan berkata, "Inilah perintah yang paling utama, ‘Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan Yang Esa." (Markus 12:29). Rasul Paulus meneruskan idea ini, bahawa Allah itu esa dalam jawapannya kepada jemaat Kristian di bandaraya Korintus. Dia menulis: Kita juga tahu bahawa Allah hanya satu; tidak ada yang lain. Sekalipun banyak yang disebut dewa dan tuhan, baik yang di syurga mahupun yang di bumi, tetapi bagi kita Allah hanya satu (1 Korintus 8:4-6). Yakobus dalam suratnya pula membuat kenyataan menarik ini: Kamu percaya bahawa Allah hanya satu. Bagus! Roh-roh jahat pun percaya akan hal itu dan gementar kerana takut (Yakobus 2:19).

Jadi jelas Alkitab menyatakan Allah itu esa.


Fakta Kedua: BAPA ITU ALLAH

Nabi Yesaya dalam Yesaya 63:16 berkata bahawa Bapa itu Allah: Engkaulah Bapa kami. Nenek moyang kami Abraham dan Yakub tidak mengenal kami, tetapi Engkaulah Bapa kami, ya TUHAN! Engkaulah Penyelamat kami sejak dahulu kala. Allah dipanggil Bapa kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Allah yang menciptakan kita dipanggil Bapa: Bukankah kita semua mempunyai bapa yang sama? Bukankah kita semua diciptakan oleh Allah yang sama? (Maleakhi 2:10). Kadangkala ada yang berkata Perjanjian Lama tidak mengenal Allah sebagai Bapa. Ini tidak benar. Ayat-ayat yang baru sahaja dibaca membuktikan ini.

Idea Allah sebagai Bapa ditemukan dalam Perjanjian Lama dan adalah lebih ketara dalam Perjanjian Baru khususnya dalam ajaran-ajaran dan doa-doa Isa Al-Masih. Doa yang Isa Al-Masih memperkenalkan kepada murid-muridnya bermula dengan kata-kata ini: "Ya Bapa, Engkaulah Allah yang Esa. Semoga Engkau disembah dan dihormati. Engkaulah Raja kami. Semoga Engkau memerintah di bumi". (Lukas 11:2). Rumah sembahyang Allah dipanggil "rumah Bapaku" oleh Isa Al-Masih (Lukas 2:49). Dalam Yohanes 8:42, Isa Al-Masih dengan jelas menyatakan Allah ialah Bapa: "Seandainya Allah benar-benar Bapa kamu, tentu kamu akan mengasihi Aku, kerana Aku datang daripada Allah." Terdapat banyak lagi ayat-ayat dalam Alkitab yang memperakui peribadi yang dipanggil Bapa sebagai Allah. Keilahian Bapa biasanya tidak diperdebatkan. Tetapi bagaimana dengan Isa Al-Masih?


Fakta Ketiga: ANAK ITU ALLAH

Walaupun ini satu fakta yang sentiasa diperdebatkan dengan hangat, ianya jelas dinyatakan dalam Alkitab: Isa Al-Masih sepenuhnya ilahi. Isa Al-Masih seringkali mengelar dirinya ‘Anak Allah’ dan kerana itu orang Yahudi berusaha membunuhnya, kerana dia menyamakan dirinya dengan Allah. Contohnya dalam Yohanes 5:18 ada tertulis: Kata-kata-Nya ini membuat para penguasa Yahudi semakin bertekad untuk membunuh Dia. Bukan sahaja Dia telah melanggar hukum Sabat, tetapi Dia berkata bahawa Allah itu Bapa-Nya. Hal ini bererti Dia menyamakan diri dengan Allah. Apabila Yohanes dan Yakobus dipanggil "Anak-anak Guruh" dalam Markus 3:17, Isa Al-Masih tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa sama ada ibu atau bapa mereka itu guruh, tetapi bahawa sifat dan tindakan mereka seperti guruh. Apabila Isa Al-Masih dipanggil ‘Anak Allah’ ianya TIDAK bermaksud Allah Bapa telah bersetubuh dengan Maryam, yang telah melahirkan Isa Al-Masih. Apa yang dimaksudkan dengan frasa ini ialah bahawa Isa Al-Masih memiliki sifat dan bertindak seperti Allah. Tidak ada manusia yang boleh memiliki sifat-sifat Allah apalagi melakukan kerja-kerja yang khusus bagi Allah kecuali jika dia adalah Allah; dan itulah identiti sebenar Isa Al-Masih!

Dalam penggunaan orang Yahudi, frasa ‘Anak Allah’ bermaksud sesuatu yang mempunyai kesamaan tahap dan identiti dengan Allah. Jadi, apabila Isa Al-Masih berkata dia ‘Anak Allah’, mereka yang mendengarnya faham maksud penyataannya: dia mengaitkan dirinya dengan Allah dan menyamakan dirinya dengan Allah. Dakwaannya itu disokong dengan berbagai cara: autoritinya, sifatnya, perhubungannya dengan Allah, kekekalannya (Yohanes 8:57-58) dan kuasanya atas maut dan neraka (Matius 12:38-40).

Sesiapa yang membaca Perjanjian Baru dengan minda terbuka akan mencapai satu kesimpulan yang jelas: penulis-penulis Perjanjian Baru mengisytiharkan Isa Al-Masih sebagai Allah dalam bentuk manusia.


Fakta Empat: ROH KUDUS ITU ALLAH

Apabila dua ahli gereja di Yerusalem berbohong kepada Roh Kudus, Rasul Petrus mengingatkan mereka bahawa mereka telah berbohong kepada Allah: Oleh itu Petrus berkata kepadanya, "Ananias, mengapa kamu membiarkan Iblis menguasai hatimu, sehingga kamu berdusta terhadap Roh Allah . . . Kamu tidak berdusta terhadap manusia, tetapi terhadap Allah!" (Kisah Rasul-Rasul 5:3-4). Ini ialah satu daripada kisah paling jelas di mana Roh Kudus dipanggil Allah dan hukuman yang dikenakan atas Ananias (hukuman maut) adalah hukuman yang biasa untuk dosa terhadap Allah. Roh Kudus BUKAN satu kuasa atau pengaruh tetapi satu peribadi yang boleh dilukai dan juga yang membawa kasih, sukacita dan damai. Dia memiliki personaliti dan diperkenalkan sebagai satu peribadi. Yesus memperkenalkan dia sebagai satu peribadi dan menyamakannya dengan Allah bapa dalam doanya: Aku akan mengutus Penolong yang berasal daripada Bapa kepada kamu. Dia Roh yang akan menunjukkan apa yang benar tentang Allah (Yohanes 15:26).


Jadi, kita sekarang telah sampai kepada satu dilema. Bagaimana Allah boleh SATU tetapi Dia Bapa, Anak dan Roh Kudus? Apakah penjelasan yang paling sesuai untuk menjelaskan empat fakta ini tanpa membingungkan atau menyesatkan seseorang yang ingin memahami kenyataan Alkitab tentang diri Allah? Sememangnya ia satu misteri walaupun ada banyak contoh dilema ini dalam Alkitab. Seterusnya kita akan memberi perhatian kepada beberapa contoh Allah Triniti dalam Alkitab.


Contoh-Contoh Triniti


Penglibatan Triniti dalam penciptaan dunia


Allah Bapa

Dalam masa enam hari Aku, TUHAN, telah menciptakan bumi, langit, laut, dan semua yang ada di dalam segalanya itu, tetapi pada hari ketujuh Aku berehat. (Keluaran 20:11)


Allah Anak

Allah menjadikan segala sesuatu melalui Dia (Isa Al-Masih). Tiada sesuatu pun di semesta alam ini yang dijadikan tanpa Dia. (Yohanes 1:3)


Allah Roh Kudus

Roh Allah telah menciptakan aku, dan nafas Yang Maha Kuasa memberi hidup kepadaku. (Ayub 33:4)

Penglibatan Triniti dalam pembaptisan Isa Al-Masih dalam air

Setelah Isa dibaptis, Dia keluar dari air sungai itu. Tiba-tiba langit terbuka dan Isa nampak Roh Allah turun seperti burung merpati ke atas-Nya. Kemudian terdengar suara Allah berfirman, "Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku." (Matius 3:16,17)

Terdengar suara Allah Bapa.

Isa dipanggil oleh Allah "Anak-Ku".

Roh Allah turun ke atas Isa Al-Masih.

Triniti dalam formula baptisan air

Baptislah mereka dengan menyebut nama

Bapa

Anak, dan

Roh Allah (Matius 28:19)

Triniti dalam contoh yang diberi Rasul Paulus dalam Efesus 4

Roh Kudus

Hanya ada satu tubuh dan satu Roh . . . (ayat 4)

Anak (perkataan ‘Tuhan’ atau ‘Lord’ sering dipakai untuk Isa Al-Masih)

Hanya ada satu Tuhan, satu iman, satu baptisan . . . (ayat 5)

Allah Bapa

. . . dan satu Allah, Bapa semua orang. Dialah Tuhan semua orang, yang bekerja melalui orang, dan tinggal di dalam semua orang. (ayat 6)

Triniti dalam doa pemberkatan

Tuhan Yesus Kristus memberkati kamu,

Allah mengasihi kamu, dan

Roh Allah menyertai kamu semua. (2 Korintus 13:13)

Ini hanya beberapa contoh di mana ketiga-tiga peribadi Allah dilihat bersama, setaraf dan sama-kekal (Kisah Para Rasul 2:33). Contoh-contoh kewujudan Allah yang bersifat esa tetapi tiga yang banyak dalam Alkitab menjadikan akidah ini satu akidah utama iman Kristian. Setakat ini kita sudah melihat bahawa Allah esa dan adalah tiga peribadi. Ketiga peribadi ini bukan tiga Allah yang berasingan mahupun satu Tuhan yang menyatakan (atau menjelma) diriNya dalam tiga rupa atau oknum. Yang pasti, ada perbezaan di antara ketiga peribadi Allah khususnya dalam perhubungan dan kerja mereka. Seringkali para Muslimin dan muslimat telah membuat salah tanggapan bahawa umat Kristian itu menyembah 'tiga Tuhan' iaitu "Tri-theisma" dan ini adalah jauh sekali dari hakikatnya yang sebenar! Umat Kristian mempunyai pegangan yang teguh kepada KEESAAN ILAHI sepertimana yang telah diajar oleh Hazrat 'Isa serta hawarii dan pengikut2-Nya sendiri.


Perbezaan Dalam Triniti

Walaupun setiap peribadi Allah itu berbeza mereka masih bersatu. Perkataan ‘peribadi’ dalam konteks Triniti membawa maksud walaupun setiap peribadi ini sedar-kendiri dan arah-kendiri, mereka tidak berfungsi bersendirian atau bertentangan dengan satu sama lain. Ada tiga peribadi yang berbeza dengan identiti tersendiri dalam sifat-sifat dan tugas-tugas mereka. Alkitab mengakui adanya perbezaan yang jelas antara ketiga peribadi Allah ini. Seorang guru Kristian, Kevin Conner, menyatakannya begini:

Anak menyedari Allah sebagai peribadi yang berbeza darinya (Yohanes 5:32,37)

Bapa dan Anak dibezakan sebagai Yang Memberi dan Yang Diberi (Yohanes 1:14-18, 3:16)

Anak sedar bahawa Dia dihantar oleh Bapa dan bahawa Roh Kudus akan dihantar dari Bapa melalui Anak (Yohanes 10:36, 14:16f, 15:26)

Maka ada satu kemajmukan tugas di mana ketiga-tiga peribadi mempunyai tugas yang berbeza tetapi bekerjasama dalam kesatuan, setiap satu bergantung kepada yang lain.

Ada juga satu tahap penundukan: Bapa dahulu, Anak kedua dan Roh ketiga. Bapa bekerja melalui Anak oleh Roh. Sifat-sifat ini tidak berubah dan menjadi tanda-tanda jelas perbezaan peribadi-peribadi dalam Allah. Bapa selalu dipaparkan sebagai penyebab segala sesuatu (Kejadian 1:1), yang memulakan proses keselamatan (Yohanes 3:16) dan yang mengutus (Yohanes 1:10-12). Anak dilihat sebagai Firman yang kekal (Yohanes 1:1-3), anak Allah yang tunggal (Kolose 1:19, 2:9) dan wahyu Allah yang nampak dalam bentuk manusia (Ibrani 1:3). Roh Kudus ialah yang keluar dari Bapa melalui Anak (Yohanes 15:26), Dia yang menginsafkan manusia akan dosa mereka (Yohanes 16:8-11) dan yang bersaksi bahawa kita ialah anak-anak Allah (Roma 8:15-16).

Sebagai kesimpulan, marilah kita membaca apa yang ditulis Dr. Dale pada kurun kesembilan belas: "Dari kekekalan hingga kekekalan Allah ialah Bapa, Anak dan Roh Kudus. Bapa ialah Allah tetapi bukan tanpa Anak atau Roh Kudus. Anak ialah Allah tetapi bukan tanpa Bapa atau Roh Kudus. Roh Kudus ialah Allah tetapi bukan tanpa Bapa atau Anak. Hanya ada satu Allah tetapi di dalam Allah ada tiga peribadi. Mereka bukan tiga Allah, tetapi di dalam kehidupan dan kewujudan Allah, ada tiga pusat kesedaran, kehendak dan aktiviti, dan mereka ini kita kenal sebagai Bapa, Anak dan Roh Kudus."

Ilustrasi-ilustrasi Triniti

Maka adalah jelas bahawa Triniti itu satu fakta jelas dalam Alkitab. Tetapi seperti yang dinyatakan diawal tulisan ini, ianya satu misteri dan satu kebodohan kepada ramai orang. Maka dalam berkomunikasi banyak ilustrasi telah dihasilkan untuk membantu minda manusia yang terhad untuk memahami kebenaran ini (walaupun ianya tidak berjaya dilakukan sepenuhnya). Perlu saya katakan di sini bahawa banyak daripada ilustrasi yang telah diberi adalah salah dan telah membantu mengeruhkan fahaman orang tentang akidah ini. Berikut adalah beberapa contoh yang lebih logik dan boleh membantu pemahaman.

Perkataan-perkataan untuk Allah yang esa

Kali pertama nama Allah disebut dalam Alkitab (Kejadian 1:1) perkataan Ibrani ‘Elohim" ialah perkataan yang dipakai. Perkataan ini bermaksud Allah tetapi dengan erti kemajmukan dalam kesatuan.


Perkataan Ibrani untuk perkataan ‘esa’ pula, yang dipakai untuk menyatakan Allah itu satu dalam Alkitab, bukanlah perkataan ‘yachead’ yang bermaksud ‘angka satu’ tetapi ‘echad’ yang bermaksud ‘satu sebatian atau kesatuan terkumpul yang terdiri dari lebih satu peribadi." Satu contoh biasa penggunaan perkataan ini ialah dalam Kejadian 2:24 di mana dikatakan pasangan yang sudah berkahwin telah menjadi satu (echad). Pengertian yang sama juga boleh ditemui dalam Perjanjian Baru di mana perkataan ‘heis’ digunakan dan bukan ‘monos’. ‘Heis’ bermaksud "satu metafora untuk menyatakan kesatuan dan kerukunan." Jelaslah bahawa dari perkataan-perkataan yang dipilih, konsep satu kesatuan lebih disukai daripada angka satu.

Dalam Kejadian 1:26 kemajmukan Allah dinyatakan apabila dicatat: Sekarang Kita akan mencipta manusia yang akan menjadi seperti Kita dan menyerupai Kita . . . Penggunaan perkataan ‘Kita’ di sini membawa maksud majmuk (seperti dalam Bahasa Arab, perkataan Ibrani untuk ‘kita’ bermaksud tiga atau lebih). Ketiga-tiga peribadi Allah terlibat dalam penciptaan manusia. Perlu saya nyatakan di sini bahawa di dalam Al-Quran pun, penggunaan perkataan majmuk ketika Allah bercakap sering dipakai. Contohnya dalam Surah Maryam 19:67 di mana ada tertulis: Tiadakah manusia ingat, bahawa Kami telah menjadikannya dahulu, sedang dia belum ada suatupun.

Contoh-contoh dari Alkitab

Ada beberapa contoh menarik dalam Alkitab yang boleh dipakai untuk menjelaskan konsep Triniti. Walaupun begitu, harus saya nyatakan bahawa kebanyakan contoh berikut agak lemah dan kurang tepat:

Bahtera Nabi Nuh. Bahtera itu mempunyai tiga tingkat walaupun hanya satu bahtera. Ini boleh dipakai untuk mewakili ke tiga peribadi Allah dari segi identiti mereka.

Semak yang terbakar dihadapan Nabi Musa. Suara yang kedengaran mewakili Allah Bapa (Keluaran 3:4-6), semak yang terbakar mewakili Anak, Akar dan Cabang (Yesaya 11:1-2) dan api mewakili Roh Kudus.

Contoh-contoh dari alam semulajadi

Dari sejarah, banyak ilustrasi dari alam semulajadi yang telah dipakai untuk menerangkan konsep Triniti. Dalam setiap kes di bawah, kita dapat lihat tiga aspek yang jelas, tetapi setiap darinya lengkap dan menyumbang kepada satu unit (satu kesatuan yang sempurna). Sekali lagi perlu saya nyatakan bahawa kebanyakan contoh berikut agak lemah dan kurang tepat:

Daun ‘shamrock’ atau ‘clover’ yang mempunyai tiga bahagian pada satu daun.

Cahaya dan tiga komponennya: kimia, cahaya dan haba

Air dalam tiga keadaan: gas, cecair dan pepejal

Komposisi air: Islam memandang Allah sebagaimana orang biasa memandang satu titik air – hanya satu gumpalan cecair. Orang Kristian memandang Allah sebagaimana seorang saintis melihat satu titik air –sebagai persekutuan tiga molekul (2 hidrogen dan satu oksigen). Satu titik air tetapi tiga molekul yang bersatu. Seorang saintis yang mengetahui ini tidak pernah terfikir ada tiga air seperti mana orang Kristian tidak pernah terfikir ada tiga Allah!

Segitiga – satu tetapi mempunyai tiga sudut

Satu lelaki tetapi tiga identiti: bapa, anak dan suami

Satu perempuan tetapi tiga identiti: isteri, ibu dan anak perempuan

Alam semesta terdiri dari ruangan, benda dan masa

Masa dalam tiga komponen: masa lalu, masa sekarang dan masa akan datang

Komposisi manusia

Bagi saya ini ialah contoh yang paling dekat kepada konsep Triniti dan sesuai dijadikan ilustrasi bagi komposisi Allah yang tritunggal.

Manusia ialah makhluk majmuk yang mengandungi tiga komponen yang berbeza tetapi saling berkait: tubuh, jiwa dan roh. Dalam 1 Tesalonika 5:23 kita dapat membaca: Semoga Allah menjaga roh, jiwa dan tubuh kamu, sehingga tidak cacat cela pada masa Tuhan kita Isa Al-Masih datang kembali. Manusia adalah satu triniti sama seperti Allah. Ini tidak menghairan kerana Allah dengan sengaja telah memilih untuk menciptakan manusia dalam imejNya – komposisi manusia adalah satu penyataan komposisi Allah kerana manusia telah diciptakan mengikut gambaran Allah. Dari buku Kejadian, yang menjelaskan penciptaan manusia, ada tercatat: Demikianlah Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diriNya sendiri. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan (Kejadian 1:27).


Akhirnya, perlu saya akui bahawa semua contoh-contoh ini hanya satu bayangan yang malap, dan bersama elemen-elemen rohani yang lain, memberi satu gambaran kepada kita bahawa, jika diterokai dengan mendalam, apa yang dimaksudkan dengan Triniti. Triniti sememangnya satu misteri dan tidak ada ilustrasi yang tepat dan sempurna. Kita hanya mempunyai kenyataan-kenyataan yang hebat dan bermisteri dari Alkitab. Walaupun begitu, ilustrasi-ilustrasi ini ada gunanya tetapi pemahaman serta penerimaan kita akan akidah Triniti tidak bergantung atasnya. Allah lebih baik menyampaikan apa yang telah dinyatakan oleh Alkitab dan membenarkan manusia yang beriman kepada Allah membuat pilihan menerima dan mempercayainya.


Nilai Akidah Ini

Ada bahayanya akidah ini dianggap satu beban yang perlu ditanggung kerana ianya telah dinyatakan dalam Alkitab. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana akidah Triniti adalah satu hal yang penting dan perlu untuk fahaman kita tentang Allah serta implikasinya kepada Kekristianan keseluruhannya.


Pertama, ini ialah keadaan Allah yang paling masuk akal sejak kekekalan lampau. Jika Allah bukan satu triniti maka adalah sukar untuk melihat bagaimana Allah dengan tiba-tiba mencipta alam semesta dan manusia (satu subjek peribadi) tanpa satu objek peribadi yang wujud sejak kekekalan. Dengan penciptaan manusia dalam imej Allah yang tritunggal, maka masalah ini telah diselesaikan kerana ianya mengimbaskan bagaimana keadaan Allah sejak dari kekekalan dengan sifat-sifat peribadi seperti kasih, persekutuan dan tujuan.

Kedua, ini adalah satu-satunya cara untuk menjelaskan kerja penyelamatan manusia oleh Allah melalui Isa Al-Masih dalam Yohanes 3:16.

Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan AnakNya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.

Adalah sukar untuk dibayangkan bagaimana Allah boleh mengosongkan diriNya dan datang sebagai manusia di bumi serta mati tetapi pada masa yang sama merupakan Allah yang sentiasa ada dan memerintah di syurga. Akidah Triniti memberi satu penjelasan alternatif:

Allah (Bapa) sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan AnakNya (peribadi kedua dalam Triniti) yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya (melalui penginsafan dan bantuan Roh Kudus, peribadi ketiga Triniti, Yohanes 16:8, Efesus 2:8) kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.

Ketiga, Triniti memberi satu contoh praktikal bagaimana perintah mengasihi satu sama lain (1 Yohanes 3:1) dilaksanakan datu satu persekutuan. Kasih antara Bapa, Anak dan Roh Kudus serta kesatuan mereka dalam tujuan menjadi satu peringatan yang tetap kepada panggilan Allah kepada kita untuk saling mengasihi. Triniti merupakan asas utama semua persekutuan dalam dunia ini.

Keempat, Allah yang tritunggal juga bermaksud Allah boleh berkomunikasi. Allah bukan Allah yang bisu. Sejak kekekalan telah ada komunikasi antara peribadi-peribadi Allah. Jika Allah ialah satu persekutuan dengan diriNya, maka Dia boleh membenarkan persekutuan itu keluar kepada ciptaan-ciptaanNya dan Dia sendiri boleh berkomunikasi dengan mereka.

Kelima, adanya Triniti bermaksud adanya kemajmukan dan variasi dalam alam semesta ini. Ada kepelbagaian dalam Allah dan ciptaanNya menampilkan kepelbagaian Penciptanya. Tidak ada dua pokok atau manusia yang sama – Allah bekerja dalam ciptaanNya untuk memastikan tanda kepelbagaianNya dalam satu unit tetap nampak. Tidak ada kesamaan yang membosankan atau satu skala kesamaan pola yang besar dalam ciptaan Allah kerana alam semesta mencerminkan Pencipta mereka yang bersifat triniti.

Keenam, Triniti menjelaskan bagaimana Allah boleh tinggal di dalam kita. Allah bukan hanya satu kuasa atau pengaruh tetapi satu Peribadi hidup yang diam dalam kita tetapi pada masa yang sama di sekeliling kita dan memerintah di syurga. Inilah hidup yang sejati – mengetahui bahawa Allah diam di dalam kita.

Allah sebagai Triniti memberi kepada kita contoh terbaik kesatuan dan persekutuan yang perlu ada dalam gereja dan keluarga. Ianya juga menjelaskan usaha keselamatan manusia oleh Allah khasnya inkarnasi Isa Al-Masih dan pendiaman Roh Kudus dalam orang percaya.

Kesimpulan

Anda mungkin berkata, "Jawapan anda tidak masuk akal, tidak logik, tidak waras." Inilah satu daripada luahan hati ramai orang yang berusaha memahami akidah Triniti. Ini sudah dijangkakan dan sememangnya benar! Banyak yang tertera dalam Alkitab tentang Allah dan tindak-tandukNya tidak masuk akal. Alkitab memberi sebabnya:

TUHAN berfirman, "Fikiran-Ku bukan seperti fikiran kamu, dan jalan-Ku bukan seperti jalan kamu. Setinggi langit dari bumi setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu, dan fikiran-Ku daripada fikiranmu" (Yesaya 55:8-9)

Akidah Triniti dan akidah-akidah Kristian yang lain banyak kali tidak dapat difahami sepenuhnya oleh akal budi manusia. Sesungguhnya minda manusia (selogik dan sebijaknya) sangat kecil, rendah dan terhad – usahanya untuk memahami minda Allah serta memproses maklumat-maklumat mengenai Allah yang maha kuasa akan sentiasa mencapai kebuntuan.

Mana-mana wahyu yang mengaku sumbernya adalah Allah tetapi isi maklumatnya sangat logik dan senang diterima akal minda manusia tidak sememangnya dari Allah tetapi kemungkinan besar dari satu minda yang setaraf dengan manusia, tidak lebih tinggi, setinggi langit dari bumi.

Fikiran Allah dan penyataannya kepada manusia akan selalu menghadapi risiko sukar difahami, seperti mana seorang profesor matematik cuba menerangkan teori matematik kepada seorang pelajar darjah satu. Minda kanak-kanak itu tidak dapat menangkap segalanya dan kanak-kanak itu adalah bodoh untuk menolak kenyataan profesor matematik itu atas sebab mindanya tidak dapat memahami penyataan profesor itu; atas alasan tidak logik, tidak masuk akalnya yang dangkal. Tindakan yang lebih bijak ialah mengakui kedangkalan minda yang terhad, mengakui hikmat profesor itu dan dengan sabar cuba mempelajari dan memahami kenyataan-kenyataannya.

Begitu jugalah tindakan yang sewajarnya bagi setiap insan yang berusaha menyelidiki konsep Triniti yang terkandung dalam Alkitab. Usaha ini sememangnya memerlukan kesabaran dan kerendahan hati untuk diterima. Marilah kita berusaha mengenal Allah dan penyataanNya, yang tidak seperti fikiran dan jalan kita.

Kita boleh pelajari banyak hal dari akidah ini – ia adalah model untuk manusia sejagat, gereja sedunia dan rumahtangga tempatan. Akidah ini membuat kita kagum dengan kebesaran, misteri dan kehebatan Allah. Banyak akidah-akidah Kristian yang lain sama ada bergantung kepada akidah ini atau dilahirkan darinya.

Tugas kita bukan untuk menciptakan kebenaran atau mengubah kebenaran supaya ianya senang diterima. Tugas kita adalah untuk bergantung kepada kebenaran-kebenaran Allah yang telah dinyatakan. Akidah Triniti ini akan mengganggu susunan logik yang teratur dalam minda kita, tetapi kenyataannya ialah bahawa ianya diajar dalam Alkitab. Janganlah kita mengubahsuai Alkitab tetapi dengan iman menerima kebenaran-kebenarannya termasuk kenyataan bahawa Allah yang esa ialah Allah Triniti.

99 RISALAH-RISALAH KEBENARAN • Berapakah Tuhan Kamu?


Berapakah Allahmu?

"Orang Kristian menyembah tiga tuhan!!" Tuduhan yang palsu lagi tidak munasabah ini sering kali ditujukan kepada orang Kristian oleh mereka yang kurang meneliti pengajaran Hazrat Isa al-Masih tentang 'Ketuhanan' yang sebenarnya. Sesungguhnya sumber dakwaan ini boleh dikesan dari Al-Quran sendiri. Di bawah adalah beberapa petikan nas-nas khusus tentang tuduhan ini:

Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih anak Maryam. Katakanlah (ya Muhammad): Siapakah yang akan mempertahankan dari (azab) Allah, jika Ia hendak membinasakan Al-Masih, anak Maryam dan ibunya serta orang-orang di muka bumi semuanya? (5 Al-Maa-Idah ayat 17)

Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Sesungguhnya Alla, (Tuhan) yang ketiga dari tiga. Padahal tak adalah Tuhan, kecuali Tuhan yang Esa. (5 Al-Maa-Idah ayat 73)

Ingatlah ketika Allah berfirman: Ya Isa anak Maryam, adakah engkau katakan kepada manusia: Ambillah aku dan ibuku menjadi Tuhan, selain dari pada Allah. Ia menjawab: Mahasuci Engkau (ya Allah). Tak pantas bagiku, bahawa kukatakan sesuatu, yang bukan hakku. Jika kukatakan demikian, tentu Engkau mengetahuinya. (5 Al-Maa-Idah ayat 116)

Dari ayat-ayat di atas, kita dapati bahawa Muhammad telah berpendapat bahawa orang Kristian menyembah Maryam, Isa dan Allah sebagai tiga tuhan yang berasingan. Melalui kajian buku-buku agama yang diragui kebenarannya ("Injil-injil" palsu) yang wujud di tanah Arab pada masa Nabi Muhammad, telah disahkan bahawa beliau sememangnya ada melihat penyembahan Maryam dan Isa dan telah mendengar mereka yang kurang-pendidikan berkata "Allah itu Tiga". Sedihnya, ini bukan kepercayaan mahupun kesaksian pengikut-pengikut Isa Al-Masih yang sebenar. Adalah tragis bahawa Muhammad tidak pernah berjumpa dengan seorang Kristian ortodoks yang dapat memberi keterangan bernas kepadanya tentang keesaan Allah, sambil memperkenalkan Dia sebagai Bapa, Anak dan Roh Kudus.

Untuk orang Kristian yang hidup dalam masyarakat Islam, adalah sangat penting untuk kita memiliki satu fahaman yang jelas tentang keesaan Allah (dari Alkitab) yang dapat meyakinkan orang Islam bahawa kita sememangnya menyembah satu Allah yang benar, tanpa menafikan Dia sebagai Bapa, Anak dan Roh. Petikan-petikan di bawah mungkin dapat membantu:

Dengarlah hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu esa! (Ulangan 6:4)

Jawab Isa kepadanya: "Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu. Itulah hukum yang terutama dan yang pertama. (Matius 22:37,38)

(Kata Isa Al-Masih) Aku dan Bapa adalah satu. Sekali lagi orang-orang Yahudi mengambil batu untuk melempari Isa. Jawab orang-orang Yahudi itu: Bukan kerana suatu pekejaan baik maka kami mahu melempari Engkau, melainkan kerana Engkau menghujat Allah dan kerana Engkau, hanya seorang manusia saja, menyamakan diriMu dengan Allah." (Yohanes 10:30, 31, 33)

Isa mendekati mereka dan berkata: "KepadaKu telah diberikan segala kuasa di syurga dan di bumi. Kerana itu pergilah, jadikanlah semua bangsa muridKu dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus. (Matius 28:8,19)

Senarai ayat-ayat di atas merangkumi beberapa ayat yang sukar dalam Alkitab tentang Triniti (istilah khas yang membawa ungkapan kebenaran identiti Allah sebagai Bapa, Anak dan Roh), dan juga beberapa ayat yang secara langsung menyatakan Allah itu satu. Sememangnya ada hal-hal yang hampir mustahil untuk difahami dan diterangkan tentang Allah: Bapa, Anak dan Roh Kudus.

Didalam Kitab Injil pengikut-pengikut Isa al-Masih juga menyembah kepada hanya SATU Tuhan. Petikan berikut:

"Kamu percaya Allah itu hanya SATU. Bagus! Roh-roh jahat (iblis) pun percaya akan hal itu dan gementar…" (Yakob 2 ayat 19).


Menunjukkan bahawa umat Kristian dari permulaannya lagi telah memegang teguh kepada ajaran Tauhid atau Keesaan Tuhan. Mereka tidak berganjak daripada pegangan akidah mereka yang utama itu sehingga ke hari ini!

Alkitab sendiri mungkin mengandungi jawapan kepada subjek yang agak rumit ini. Dalam Kejadian 1:26 dan 27 ada tertulis:

Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita menjadikan manusia, menurut gambar dan rupa Kita . . . Maka Allah menciptakan manusia menurut gambarNya, menurut gambar Allah diciptakanNya dia; laki-laki dan perempuan diciptakanNya mereka.

Apakah mungkin dengan menganalisis diri kita sendiri (yang telah diciptakan dalam imej Allah), kita mungkin menemukan kunci tentang sifat Allah yang membingungkan ini? Saya fikir Ya. Doa berkat rasul Paulus pada penghujung Suratnya yang pertama kepada orang Kristian di Tesalonika boleh tolong menjelaskan :

Semoga Allah damai sejahtera menguduskan kamu seluruhnya dan semoga roh, jiwa dan tubuhmu terpelihara sempurna dengan tak bercacat pada kedatangan Isa Al-Masih. (1 Tesalonika 5:23)

Saya sebagai manusia adalah satu makhluk dengan satu roh, satu jiwa dan satu tubuh; Diri saya bukan tiga, 'saya' hanya satu. Dengan cara yang sama, Allah bagi umat Kristian adalah satu walaupun Dia telah menyatakan diriNya kepada manusia sebagai Bapa, Anak dan Roh Kudus. Saya bukanlah 'saya' tanpa roh, jiwa atau tubuh saya. Allah juga bukanlah Allah jika pada masa yang sama Dia bukan Bapa, Anak dan Roh. Allah adalah satu entiti yang tidak dapat dipisahkan. Bapa, Anak dan Roh Kudus berfungsi sebagai SATU – satu tujuan, satu kehendak, satu takhta, satu KerajaanNya dan satu Allah.

Berbagai andaian dan gambaran telah dicadangkan oleh orang Kristian untuk menjelaskan penyataan Allah yang unik ini. Bermula dengan idea bahawa sifat Allah adalah Kasih sayang, seorang Kristian terkenal telah cuba menerangkan Allah sebagai satu tarian kasih - seorang kekasih, seorang yang dikasihi dan kasih itu sendiri. Seorang penulis Kristian pula membayangkan Allah sebagai seorang Pelukis – Bapa sebagai minda pelukis, Anak sebagai penyataan kreativiti pelukis itu manakala Roh adalah tenaga kreatif yang memenuhi dan sedia ada untuk penggunaan pelukis itu. Adalah amat sesuai untuk menyatakan bahawa apabila membincang tentang Allah sebagai Bapa, Anak dan Roh, tidak ada cara lain untuk memahami serta menghayati Dia!


Apabila kita memerhatikan fahaman orang Kristian tentang Allah, kita sedar bahawa ianya kena pada tempatnya. Mereka mengenal Allah sebagai Bapa yang penyayang, Anak yang memahami dan rakan sesama manusia, dan Roh yang memberi hidup, semuanya disatukan dalam satu kesatuan kasih yang sempurna lagi indah. Allah hidup dalam RohNya, dinyatakan dalam Kalimat yang Hidup (AnakNya), dan adalah Bapa bagi kita semua yang menerima hakikat ini.

99 RISALAH-RISALAH KEBENARAN • Keselamatan yang Pasti


KESELAMATAN YANG PASTI

Ketika kita lahir, Alquran, Alkitab dan kitab kitab lain yang dianggap suci sudah ada, setiap kitab suci mengatakan bahwa dialah yang paling benar diantara kitab kitab yang ada di dunia ini, maka secara otomatis apabila dilahirkan dalam keluarga Islam maka anak tersebut menjadi agama Islam dan percaya kepada Alquran yang dianggap sebagai kebenaran yang dari Allah, begitu juga sebaliknya, tanpa diselidiki dulu apakah benar melalui Kitab itu benar-benar dapat membawa kepada keselamatan yang abadi.

Mari kita buka hati dan menggunakan akal yang jernih apakah memang sudah benar agama yang dianuti oleh orang tua kita sudah benar, atau mereka mempunyai iman yang taklid. Tentunya kita tidak mau dikatakan iman kita adalah iman yang taklid bukan? Tetapi melainkan mempercayai atau beriman kepada sesuatu yang kita mengerti dan memahami apa yang telah diimannya, sehingga tahu betul apa yang akan terjadi setelah meninggalkan dunia yang fana ini.

Pembawa Alquran berkata:



"Aku bukanlah rasul yang pertama diantara rasul rasul dan aku tidak mengetahui apa yang akan diperbuat terhadapku dan tidak pula terhadapmu…" (QS.46 Al Ahqaaf – bukit bukit pasir – 9)

Injil bersabda:

Dan keselamatan tidak ada didalam siapapun juga selain di dalam Dia (Isa Almasih) sebab di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan. (Kisah Para Rasul 4 : 12)

oleh karena itu Ia berkata:

"Akulah Jalan, Kebenaran, dan Hidup tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa (Allah di surga) kalau tidak bersama sama dengan Aku" (Yahya 14: 6)

Oleh karena itu setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini ibarat masuk dalam suatu antrian panjang menuju kematian. Ada yang antriannya panjang ada pula yang antriannya pendek. Tetapi sudah menjadi kemestian setiap yang bernyawa pasti mengalami kematian, setelah itu mereka harus mempertanggungjawabkan apa yang telah diperbuat selama hidup di dunia ini. Di depan pengadilan akhirat mereka satu persatu akan mendapat giliran untuk memberikan jawaban dari setiap pertanyaan yang diajukan oleh Sang Hakim. Dan Sang Hakimlah yang akan memisahakan domba dan kambing dan akan menentukan apakah orang ini mendapatkan rahmatullah atau mendapatkan laknatullah.



Tiap tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. (QS. 29 Al Ankabuut - labah-labah - 57)

Setiap manusia tentu mendambakan keselamatan yang pasti bagi jiwanya, karena apalah artinya seorang manusia mendapatkan segalanya di dunia ini tetapi jiwanya binasa. Untuk itulah manusia mencoba dengan segala daya dan upayanya agar mendapatkan keselamatan itu, sehingga mereka mencari keselamatan melalui agama, filsafat, dan berbuat baik atau beramal saleh yang dianggap dapat membawanya ke dalam rahmatullah itu.

Dengan demikian mereka mengadakan selamatan selamatan di dalam setiap aspek kehidupan mereka, misalnya apabila hamil mereka akan mengadakan selamatan empat bulan, selamatan tujuh bulan dst. Ini menunjukan mereka mendambakan keselamatan baik dunia maupun akhirat, tetapi dengan cara tersebut dapatkah menjamin manusia masuk surga?




Hai orang orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya supaya kamu mendapatkan keuntungan. (QS. 5 Al Maa-idah – hidangan -35)

Keselamatan adalah nafas yang menghidupkan dari suatu agama, tanpa keselamatan agama itu tidak ada ertinya.

99 RISALAH-RISALAH KEBENARAN : • Mukjizat Nabi Yunus


MUKJIZAT NABI YUNUS
Menurut kedua-dua Al-Kitab dan Al-Qur'an, Hazrat Isa al-Masih melakukan banyak mukjizat-mukjizat yang ajaib semasa pelayanan singkat tiga tahunnya di bumi Palestin. Ramai orang Yahudi percaya kepadanya setelah menyaksikan keajaiban-keajaiban dan mukjizat-mukjizat yang dilakukan. Mahupun begitu, pemimpin-pemimpin rakyat Yahudi enggan percayakan dia dan walaupun mukjizat-mukjizatnya terkenal luas, mereka sering memaksanya untuk melakukan mukjizat, mahupun tanda dari syurga (Matius 16.1). Pada satu ketika, Hazrat Isa menjawab bahawa dia hanya akan memberi mereka satu mukjizat sahaja:

"Alangkah jahat dan derhakanya orang zaman ini! Kamu meminta Aku melakukan mukjizat? Tidak! Satu-satunya mukjizat yang akan ditunjukkan kepada kamu adalah mukjizat Nabi Yunus. Sebagaimana Yunus tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut ikan besar, demikian juga Anak Manusia akan tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut bumi.". Matius 12.39-40.
Nabi Yunus ialah satu daripada nabi-nabi bani Israil termasyhur, dan dia telah dipanggil Allah berkhabar kepada satu bandar Asyur iaitu Niniwe dan mengisytiharkan kemusnahan yang bakal menimpa. Akan tetapi Nabi Yunus melarikan diri di atas sebuah kapal ke Sepanyol, dan apabila angin ribut besar kencang memukul kapal, dia telah dibuang ke dalam laut lalu ditelan oleh seekor ikan besar. Namun, setelah tiga hari berada di dalam perut ikan, dia dimuntah hidup-hidup ke daratan lalu menuju ke bandar.

Hazrat Isa menggelar peristiwa tiga-hari di dalam perut ikan ini sebagai "Mukjizat Nabi Yunus" dan menyata bahawa itulah satu-satunya mukjizat yang rela diberinya kepada orang Yahudi yang enggan percayanya. Sekitar tahun 1976, Ahmed Deedat dari Islamic Propagation Centre di Durban menerbit sebuah risalah yang bertajuk "Christ was the Sign of Jonah?". Tajuk itu mungkin membawa gambaran hasil penyelidikan teliti mengenai subjek tersebut kepada si pembaca. Akan tetapi, adalah didapati bahawa Deedat tidak sekali menjawab soalannya tetapi terus melancarkan serangan ke atas pernyataan Hazrat Isa itu dan berusaha untuk membidasnya. Hujah-hujahnya adalah berdasarkan dua andaian, iaitu sekiranya Nabi Yunus hidup sepanjang masanya di dalam perut ikan, maka Hazrat Isa sudah tentu masih hidup setelah diturunkan dari salib; dan jika Hazrat Isa disalibkan pada hari Jumaat dan bangkit pada pagi Ahad, maka dia tidak mungkin telah berada sepanjang tiga hari dan tiga malam di dalam kubur. Kita akan menimbangkan kedua-dua andaian ini menurut turutan dan selepas itu akan mengkaji secara menyeluruh subjek ini untuk mengenal apakah sebenarnya "Mukjizat Nabi Yunus" itu.

1. ADAKAH HAZRAT ISA HIDUP ATAU MATI DI DALAM KUBUR?
Adalah satu hakikat di dalam tafsiran-tafsiran Kristian ke atas kitab Yunus di dalam Al-Kitab bahawa nyawa Nabi Yunus dikekalkan secara ajaib semasa dia berada di dalam perut ikan di dalam laut. Sepanjang pengalamannya itu tidak sekali dia mati dan dia muncul di daratan dalam keadaan hidup sama seperti sebelum dia dibuang ke dalam maut.

Di dalam bukunya, Deedat telah mengambil beberapa ayat dari teks di atas luar dari konteks mereka dan menyebabkan pernyataan itu dibaca "Sebagaimana Yunus telah.... demikianlah Anak Manusia akan" dan membuat kesimpulan:

Jika Nabi Yunus hidup selama tiga hari dan tiga malam, maka Hazrat Isa juga harus hidup di dalam kubur sebagaimana telah dinubuatnya. (Deedat, Christ was the Sign of Jonah?, p.6).
Walaupun Hazrat Isa hanya telah berkata bahawa persamaan di antara dia dengan Nabi Yunus adalah di dalam tempoh mereka akan mengalami "pengasingan" - Nabi Yunus di dalam perut ikan, Hazrat Isa di dalam perut bumi - Deedat telah membuang rujukan yang menerangkan ini dan mendakwa bahawa Hazrat Isa mesti juga sama seperti Nabi Yunus dalam perkara-perkara yang lain, seperti keadaan Nabi Yunus yang hidup di dalam perut ikan. Apabila pernyataan Hazrat Isa dibaca sepenuhnya, adalah jelas bahawa persamaan hanya terikat kepada faktor masa sahaja. Seperti Nabi Yunus telah tiga hari dan tiga malam berada di dalam perut ikan, demikianlah Hazrat Isa akan berada di dalam perut bumi untuk tempoh yang sama. Perkara ini tidak boleh ditokok-tambah lagi, seperti apa yang dilakukan Deedat, dan ditafsirkan sebagai menyatakan bahawa Nabi Yunus dalam keadaan HIDUP di dalam perut ikan, maka Hazrat Isa juga HIDUP di dalam kubur. Hazrat Isa tidak menyatakan ini dan penafsiran sebegini tidak timbul daripada pernyataannya tetapi telah dibaca ke dalamnya. Tambahan pula, semasa memperkatakan penyalibannya yang bakal menimpa, Hazrat Isa telah menggunakan ungkapan yang hampir sama, dalam situasi lain yang menjelaskan hujah kita dengan sempurna:

"Sebagaimana ular gangsa ditinggikan oleh Musa pada sebatang kayu di padang gurun, begitu jugalah Anak Manusia harus ditinggikan" Yahya 3.14
Di sini persamaanya jelas terletak pada "ditinggikan." Sebagaimana ular gangsa DITINGGIKAN oleh Musa begitu jugalah Anak Manusia harus DITINGGIKAN, yang satu untuk penyembuhan orang Yahudi dan yang terkemudian untuk penyembuhan semua negara. Dalam kes ini, ular gangsa yang digubah Musa tidak bernyawa dan sekira logik Deedat dikenakan ke atas ayat ini, kita harus anggap bahawa ini bermaksud bahawa Hazrat Isa seharusnya sudah mati sebelum dia ditinggikan, mati di atas salib, dan mati semasa diturunkan dari salib. Bukan sahaja ini tidak masuk akal, tetapi kontradiksi di dalam keadaan Nabi Yunus dan ular gangsa (yang pertama sentiasa hidup sepanjang penderitaannya, dan yang terkemudian sentiasa tidak bernyawa semasa digunakan sebagai simbol di atas tiang) menunjukkan bahawa Hazrat Isa hanya membuat perbandingan di antara dia dengan Nabi Yunus dan ular gangsa masing-masing dalam butir-butir yang disebutnya dengan terang - TIGA HARI DAN TIGA MALAM dan DITINGGIKAN di atas tiang. Adalah tidak relevan samada Nabi Yunus masih hidup atau tidak - ini tidak ada kena-mengena dengan perbandingan yang dilakukan Hazrat Isa.

Dengan membuang rujukan kepada tempoh di dalam kes Nabi Yunus, Deedat membuat pernyataan Hazrat Isa dibaca sebagai "Sebagaimana Yunus...demikianlah Anak Manusia akan" dan ianya dari perbandingan yang tidak terbatas ini, Deedat cuba meluaskan perbandingan kepada keadaan nabi yang di dalam perut ikan. Tetapi jika kita menggunakan metod yang sama ke atas ayat kedua yang kita gunakan, pemahaman yang bertentangan menjadi kesimpulan. Dalam kes ini, pernyataan itu boleh dibaca sebagai: "Sebagaimana ular gangsa... demikianlah Anak Manusia akan" dan keadaan ular itu sentiasa tidak bernyawa. Ini jelas menunjukkan bahawa di dalam setiap kes, Hazrat Isa tidak berniat meluaskan persamaan di antara dia dengan nabi itu atau objek yang disebutnya kepada soal hidup atau mati, tetapi hanya kepada perbandingan-perbandingan yang dinyatakannya dengan jelas. Demikianlah, bantahan pertama Deedat hancur berkecai. Satu kesimpulan yang bercanggah secara automatik akan berhasil daripada pendekatannya dan tiada bantahan atau hujah yang menyahkan diri sendiri boleh berharap diberi perhatian yang serius.

2. TIGA HARI DAN TIGA MALAM.
Orang Kristian di merata-rata setuju dengan sepakat, sehati, sejiwa (dengan sedikit pengecualian), bahawa Hazrat Isa telah disalibkan pada hari Jumaat dan dia telah bangkit dari alam maut pada pagi Ahad setelah itu. Berikutan itu, Deedat mendakwa bahawa hanya terdapat satu hari di mana Hazrat Isa berada di dalam kubur, iaitu hari Sabtu dan jangka masa ini termasuk dua malam, iaitu malam Jumaat dan malam Sabtu. Dia pun berusaha untuk menyangkal Mukjizat Nabi Yunus berdasarkan faktor masa ini yang jelas disebut oleh Hazrat Isa dan membuat kesimpulan berikut:

Kedua, kita mendapati bahawa dia gagal memenuhi faktor masa juga. Tokoh matematik yang termasyhur di dalam dunia Kristian akan gagal mendapati keputusan yang dikehendaki - tiga hari dan tiga malam. (Deedat, What was the Sign of Jonah, p.10).
Malangnya, di sini, Deedat gagal memerhati bahawa terdapat perbezaan besar di antara percakapan Ibrani di dalam abad pertama dan percakapan Inggeris dalam abad kedua puluh. Kita dapati bahawa dia berulang kali berkecenderungan ke arah kesilapan ini apabila dia cuba menganalisa subjek-subjek alkitabiah. Dia gagal membuat pertimbangan kepada hakikat bahawa ketika masa itu, hampir dua ribu tahun yang lalu, orang Yahudi mengira sebahagian dari sehari sebagai satu hari yang penuh apabila mengira satu urutan masa. Semasa Hazrat Isa dikebumikan pada petang hari Jumaat, berada di dalam kubur sepanjang hari Sabtu dan bangkit sebelum waktu subur pada hari Ahad (Rasminya, hari Ahad bermula pada waktu matahari benam pada hari Sabtu mengikut kalendar Yahudi), tidak timbul persoalan bahawa dia berada di dalam kubur untuk jangka masa tiga hari.

Kejahilan Deedat mengenai cara pengiraan hari dan malam orang Yahudi telah mengakibatkan dia membuat kesilapan serius mengenai pernyataan Hazrat Isa dan dia mengulangi kesilapan yang sama tentang nubuat bahawa dia akan berada berada di dalam kubur untuk tiga malam juga. Ungkapan tiga hari dan tiga malam adalah ungkapan yang kita tidak akan dengar, dengan menggunakan bahasa Inggeris, pada zaman ini. Oleh itu, adalah jelas bagi kita mencari maknanya mengikut penggunaannya di dalam bahasa Ibrani dalam abad pertama, dan kita berkemungkinan membuat kesilapan jika kita menafsirkannya mengikut struktur bahasa atau umpamaan di dalam bahasa yang lain, dalam zaman yang terkemudian.

Kita tidak pernah, dalam penggunaan bahasa Inggeris di abad kedua puluh, bertutur dalam segi hari dan malam. Jika seseorang itu berhasrat bercuti untuk dua minggu, dia akan kata bahawa percutian adalah untuk dua minggu atau empat belas hari. Saya tidak pernah berjumpa dengan sesiapa yang dapat bertutur dalam bahasa Inggeris bahawa dia akan bercuti selama empat belas hari dan empat belas malam. Ini adalah satu perumpamaan di dalam bahasa Ibrani kuno. Oleh itu, sejak dari mula lagi kita harus mengambil langkah berjaga-jaga, kerana jika kita tidak menggunakan perumpamaan yang demikian serupa, kita tidak boleh membuat anggapan bahawa mereka mempunyai, dalam zaman itu, maksud yang kita akan berikan kepada mereka hari ini. Kita mesti mencari maksud nubuat yang dibuat Hazrat Isa mengikut konteks masa di mana ianya telah diberi.

Tambahan pula, kita mesti mengaku bahawa perumpamaan, seperti yang digunakan di dalam bahasa Ibrani, sentiasa mempunyai bilangan hari dan malam yang sama. Nabi Musa berpuasa empat puluh hari dan empat puluh malam (Keluaran 24.18), Nabi Yunus berada di dalam perut ikan tiga hari dan tiga malam (Yunus 1.17). Kita lihat bahawa tiada seorang Yahudi yang akan berkata mengenai "tujuh hari enam malam" atau "tiga hari satu malam", walaupun ini adalah jangka masa yang dijelaskannya. Penggunaaan bahasa pada masa dan tempat itu sentiasa menggunakan bilangan hari dan malam yang sama dan sekiranya seorang Yahudi ingin membuat rujukan kepada satu masa tiga hari yang meliputi hanya dua malam, sudah tentu dia akan berkata mengenai tiga hari dan tiga malam. Satu contoh bagus mengenai perkara ini boleh dicari di dalam kitab Ester di mana permaisuri bersabda bahawa tiada sesiapa boleh makan atau minum untuk tiga hari, siang atau malam (Ester 4.16), tetapi pada hari ketiga, apabila hanya dua malam telah berlalu, dia telah memasuki bilik tuanku dan puasa itu telah dihentikan.

Maka jelaslah bagi kita bahawa "tiga hari dan tiga dalam", dalam penggunaan orang Yahudi tidak semestinya mengimplikasikan jangka masa sebanyak tiga hari penuh dan tiga malam penuh tetapi hanyalah satu penggunaan popular yang digunakan untuk meliputi mana-mana bahagian hari pertama atau hari ketiga.

Perkara penting di sini ialah bahawa bilangan hari dan malam yang sama sentiasa diperkatakan, walaupun bilangan malam sebenar kurang daripada bilangan yang disebut. Oleh kerana kita tidak menggunakan perumpamaan-perumpamaan sebegini hari ini, kita tidak harus lekas menghakimi maknanya tersendiri mahupun memaksa maksud asli yang diinginkan kita ke atas perumpamaan-perumpamaan itu.

Terdapat bukti konklusif di dalam Al-Kitab bahawa semasa Hazrat Isa memberitahu orang Yahudi bahawa dia akan berada di dalam perut bumi selama tiga hari dan tiga malam, mereka menghayati ini sebagai memaksud bahawa pengkabulan nubuat boleh dijangkakan hanya setelah dua malam. Pada hari selepas penyalibannya, iaitu hanya selepas satu malam, mereka telah menghadap Pilatus lalu berkata:

Tuan, kami ingat bahawa semasa penipu itu masih hidup, dia pernah berkata, 'Selepas tiga hari Aku akan dibangkitkan'. Oleh itu suruhlah orang mengawal kubur itu baik-baik sehingga hari ketiga. Matius 27.63-64
Kita akan memahami ungkapan "selepas tiga hari" sebagai bermaksud bila-bila pada hari keempat tetapi, mengikut penggunaan tempatan, orang Yahudi tahu bahawa ini merujuk kepada hari ketiga dan tidak begitu cemas untuk memastikan kubur itu dikawal baik-baik untuk tiga malam penuh tetapi hanya sehingga hari ketiga selepas hanya dua malam. Hakikatnya, nyata bahawa ungkapan-ungkapan "tiga hari dan tiga malam" dan "selepas tiga hari" tidak bermaksud satu jangka masa tujuh puluh enam jam sepertimana kita fahami, tetapi sebarang jangka masa meliputi masa sehingga tiga hari.

Jika seseorang memberitahu kita pada petang Jumaat hari ini, bahawa dia akan kembali kepada kita selepas tiga hari, kita mungkin tidak mengharapkan kepulangannya sebelum paling awal, hari Selasa minggu depan. Namun, orang Yahudi yang benar-benar mahu untuk menghalang termakbulnya nubuat Hazrat Isa (tidak kira benar atau palsu), inginkan kubur itu dikawal sehingga hari ketiga, iaitu, hari Ahad, kerana mereka tahu bahawa ungkapan-ungkapan "selepas tiga hari" dan "tiga hari dan tiga malam" tidak membawa maksud secara harfiah tetapi adalah mengikut simpulan bahasa yang digunakan ketika zaman itu.

Soalan yang penting ialah bukan cara kita mentafsir penggunaan ayat ini yang tidak mempunyai tempat dalam penggunaan moden hari ini tetapi bagaimana orang Yahudi mentafsirnya mengikut maksud dan istilah zaman mereka. Adalah cukup penting untuk diperhatikan bahawa apabila pengikut-pengikut Hazrat Isa mendakwa dengan berani bahawa Hazrat Isa telah bangkit dari alam maut pada hari ketiga, iaitu, hari Ahad selepas hanya dua malam telah berlalu (contohnya, Kisah Para Rasul 10.40), tiada sesiapa yang cuba untuk mempertikaikan kesaksian ini sebagaimana Deedat cuba dengan mendakwa bahawa tiga malam harus berlalu sebelum nubuat itu diterima sebagai termakbul. Orang Yahudi zaman itu kenal benar dengan bahasa mereka and oleh kerana Deedat jahil tentang cara percakapan mereka, dia menyerang nubuat Hazrat Isa, hanya kerana dia tidak berada di dalam kubur untuk tempoh tepat tiga hari dan tiga malam selama tujuh puluh dua jam. (Ini bermaksud, 'persinggahan' Nabi Yunus di dalam perut ikan tidak semestinya meliputi tiga hari and tiga malam penuh juga).

Oleh itu, setelah hujah lemah Deedat yang menentang mukjizat Hazrat Isa kepada orang Yahudi dinyahkan, kita boleh menyiasat apakah sebenarnya Mukjizat Nabi Yunus.

3. NABI YUNUS, SATU MUKJIZAT KEPADA PENDUDUK NINIWE.
Dua peristiwa penting berlaku apabila Allah mengutus Nabi Yunus ke bandar Niniwe untuk memberi amaran kepada penduduk kota itu mengenai kemusnahan bandar itu kerana kejahatannya. Yang pertama telah kita pertimbangkan, iaitu pembuangan nabi ke dalam laut dan peristiwa dia berada di dalam perut ikan untuk masa tiga hari. Adalah berguna kepada kita sekarang untuk memerhatikan kisah tersebut mengikut cerita di dalam Al-Qu'ran dan membandingkannya dengan cerita di dalam Al-Kitab untuk memastikan setakat mana mereka bersetuju. Kisah di dalam Al-Qur'an membaca:

And lo! Jonah verily was of those sent (to warn). When he fled unto the laden ship, and then drew lots and was of those rejected; and the fish swallowed him while he was blameworthy; And had he not been one of those who glorify (Allah), He would have tarried in its belly till the day when they are raised. Then We cast him on a desert shore while he was sick; and We caused a tree of gourd to grow above him; and We sent him to a hundred thousand (folk) or more. And they believed, therefore We gave them comfort for a while. Surah 37.239-148.
Cerita ini agak terputus-putus kerana tiada urutan peristiwa-peristiwa yang menunjukkan bagaimana setiap kejadian berhubung kait dengan kejadian yang seterusnya. Hanya kitab Yunus di dalam Al-Kitab yang memberi kesinambungan seluruh kisah itu. Nabi Yunus bersetuju mengambil undi bersama-sama kemudi-kemudi kapal yang lain untuk mengenalpasti siapakah yang menjadi sebab ribut yang melanda yang hampir melemaskan mereka. Undi itu jatuh ke atasnya dan dia telah dibuang ke dalam laut seterusnya ditelah oleh ikan besar. Selepas tiga hari, ikan itu telah memuntahkannya ke atas tanah dan dia pun menuju ke bandar Niniwe, dengan perisytiharan bahawa bandar itu akan dimusnah dalam empat puluh hari.

Peristiwa yang kedua ialah pertaubatan seluruh penduduk kota itu, dari rajanya kepada hambanya, apabila mereka mendengar amaran dahsyat itu. Kejutnya, Nabi Yunus marah apabila dia nampak penduduk kota bertaubat kerana dia tahu Allah memang pengasih dan mungkin akan memaafkan bandar itu. Sebagai orang Yahudi yang patriotik, dia telah berharap untuk kemusnahannya kerana ianya bandar utama kerajaan Asyur dan merupakan satu ancaman kepada keselamatan penduduk Israel. Dalam kepanasan yang terik, dia telah menunggu dan mengharapkan kebinasaannya, lalu Allah menumbuhkan sejenis tumbuhan yang memberi naungan dan teduh kepada Nabi Yunus. Tetapi pada hari berikutnya, Allah perintah seekor ulat untuk melayukan pokok itu. Nabi Yunus marah kerana hal ini, tetapi Allah berfirman kepadanya:

Tanaman ini tumbuh dalam satu malam saja, dan layu pada hari berikutnya; engkau sama sekali tidak menumbuhkannya atau memeliharanya. Walaupun begitu, engkau berasa kasihan kepada tanaman ini. Aku pasti lebih kasihan kepada Niniwe, kota yang besar itu kerana di situ terdapat lebih daripada 120,000 orang anak ang tidak tahu memberzakan apa yang baik dan apa yang jahat, dan juga banyak sekali binatang. Yunus 4.10-11
Peristiwa kedua yang penting ini, iaitu pertaubatan seluruh kota Niniwe, lebih menakjubkan apabila kita menfaktorkan bahawa orang Asyur tidak kenal dan tidak takut akan Allah dan tidak mempunyai sebab jelas kenapa mereka harus mentaati firman dan amaran yang dibawa oleh Nabi Yunus. Tiada mukjizat bahawa kota itu akan dibinasakan dalam empat puluh hari sebagaimana dikhabarkan Yunus kerana kehidupan seharian berjalan seperti biasa tanpa sebarang tanda dalam perubahan cuaca atau bencana-bencana yang akan menandakan hampirnya sebarang bahaya.

Tiada awan ribut yang berkumpul di atas kota itu seperti yang berlaku di zaman nabi Nuh semasa bah besar melanda bumi. Niniwe ialah bandar kuat dan tidak berada di bawah sebarang ancaman peperangan. Apa yang didengari oleh kota itu hanyalah suara seorang nabi Yahudi yang datang mengisytiharkan: Empat puluh hari lagi, Niniwe akan dihancurkan." (Yunus 3.4)

Kita sering nampak kartun orang tua-tua membawa tanda-tanda "Dunia akan berakhir hari ini" dan mereka itu satu sumber ejekan apabila mereka muncul di jalanraya dengan mesej-mesej sebegini. Memang orang Niniwe mungkin telah menganggap bahawa nabi Yunus sama seperti orang tua-tua itu dan senyum sinis ke atas usahanya, dan mungkin menjadi lebih keras kepala ke atas kandungan amaran-amarannya.

Apabila rasul Paulus melawat kota Athens, dia telah diterima dengan cara sebegitu. Sebagai balasan kepada khutbah-khutbahnya, ada sesetengah yang berkata, "Orang ini tahu apa?" (Kisah Para Rasul 17.18). Penduduk Niniwe yang mendengar nabi Yunus mungkin telah berpendapat sebagaimana orang Athens melayan rasul Paulus, "Nampaknya dia bercakap tentang dewa bangsa asing" (Kisah Para Rasul 17.18). Sebaliknya kita menemui bahawa:

Penduduk Niniwe percaya kepada perkhabaran Allah itu. Segenap rakyat mengambil keputusan untuk berpuasa, dan semua orang, baik yang kaya mahupun yang miskin, memakan kain guin untuk menunjukkan bahawa mereka menyesali dosa mereka. (Yunus 3.5)
Dari tahkta raja sehingga yang paling rendah sekali di kalangan rakyat biasa, beratus ribu penduduk Niniwe memandang serius amaran nabi Yunus, bertaubat dengan kuat sekali, dan mahu mengubah penghakiman yang bakal tiba ke atas bandar mereka. Yunus tidak berhasrat untuk meyakinkan mereka mengenai kebenaran amarannya yang serba ringkas dan mudah - dia hanya menyatakan sebagai satu hakikat. Dia juga tidak memberi sebarang jaminan bahawa Allah akan memaafkan mereka jika mereka bertaubat. Adalah bertentangan dengan hasrat dan niatnya supaya bandar itu akan dibinasakan samada orang Niniwe percayakan dia atau tidak.

Jadi kenapa seluruh kota itu bertaubat dengan harapan Allah tidak akan membinasakan mereka? (Yunus 3.9). Para sejarahwan Yahudi tertarik kepada kisah ini dan membuat kesimpulan bahawa jawapannya yang satu ialah, bahawa penduduk Niniwe tahu bahawa Yunus ditelan ikan sebagai penghakiman Allah ke atas kedegilannya, dan tahu bahawa dalam keadaan biasa Yunus sudah tentu mati tetapi Allah telah mengekalkan nyawanya dan membebaskannya dari perut ikan besar itu pada hari ketiga. Hanya ini sahajalah yang dapat menerangkan keseriusan penduduk Niniwe mendengar nabi Yunus dan harapan mereka terhadap kasih Allah sekiranya mereka bertaubat.

Para sejarahwan Yahudi berpendapat bahawa orang Niniwe percaya sekiranya Allah melayan nabi-nabi yang dikasihi-Nya dengan dahsyat sekali apabila mereka melanggar-Nya, apakah yang boleh diharapkan apabila seluruh kota itu benci akan Allah dan berada di bawah ikatan dosa?

Pendapat orang Yahudi betul. Hazrat Isa mengesahkan bahawa pertaubatan Niniwe datang kerana pengetahuan mereka mengenai penderitaan Nabi Yunus. Dengan jelas dia berkata:

Sebagaimana Nabi Yunus menjadi satu tanda bagi penduduk kota Niniwe, demikian juga Anak Manusia akan menjadi satu tanda bagi orang zaman ini. (Lukas 11.30)
Dengan kata-kata ini, Hazrat Isa mengesahkan kebenaran kisah pengalaman Nabi Yunus dan pertaubatan kota Niniwe dan mengesahkan bahawa kisah ini adalah sejarah. Pada masa yang sama dia juga memberi sokongan kepada teori bahawa orang Niniwe telah dengar mengenai penderitaan dan penyelamatan Nabi Yunus dan akibatnya, menerima pesanannya dengan begitu serius, dengan harapan penyelamatan yang sama dalam perubahan mereka dari kejahatan dalam pertaubatan kepada Allah. Dengan berkata bahawa Nabi Yunus menjadi satu tanda kepada penduduk kota Niniwe, dia menjelaskan bahawa kota itu tahu mengenai layanan Allah terhadap nabi yang degil itu. Ini menjelaskan keazaman orang Niniwe apabila mereka bertaubat di depan Allah.

Bukannya niat Hazrat Isa untuk mengesahkan spekulasi orang Yahudi. Dia ingin menunjukkan bahawa apa yang telah berlaku ketika zaman Nabi Yunus dan susulannya boleh berlaku kepada orang Israel dalam zamannya dan tanda yang hampir serupa akan diberi, yang akan membuka jalan kepada penyelamatan sesiapa yang menerimanya dan kemusnahan kepada mereka yang tidak.

4. TIADA MUKJIZAT KECUALI MUKJIZAT NABI YUNUS.
Menurut kedua-dua Al-Qur'an dan Al-Kitab, Hazrat Isa melakukan pelbagai mukjizat dan keajaiban di kalangan penduduk Israel (Surah 5.110, Kisah Para Rasul 2.22). Walaupun mereka tidak dapat mempertikaikan perbuatan-perbuatang itu (Yahya 11.47), mereka masih tidak mahu percaya kepadanya sehingga akhir hayatnya. Semasa dia menamatkan pelayanannya kita mendengar tindakbalas mereka kepada segala-segala yang dilakukan olehnya kepada mereka:

Meskipun Dia sudah melakukan semua mukjizat itu di hadapan mereka. (Yahya 12.37)
Berulang kali kita membaca bahawa orang Yahudi ingin melihat mukjizat daripadanya (Matius 12.38) dan pada satu ketika mereka tanyakan dia untuk memberi tanda dari syurga (Matius 16.1). Di tempat lain, mereka menanyakan dia soalan-soalan seperti begini:

"Mukjizat apakah yang dapat kamu lakukan untuk membuktikan bahawa kamu berhak bertindak seperti ini?" (Yahya 2.18)
"Mukjizat apakah yang dapat guru lakukan supaya kami boleh melihat dan percaya kepada guru?" (Yahya 6.30)

Manakala kebanyakan orang Yunani zaman itu ahli falsafah, orang Yahudi mahu setiap dakwaan dibuktikan oleh kebolehan untuk mengerjakan mukjizat. Seperti yang diperkatakan oleh Rasul Paulus dalam satu suratnya:

Orang Yahudi menuntut mukjizat sebagai bukti dan orang Yunani mementingkan kebijaksanaan. (1 Korintus 1.22)
Orang Yahudi tahu betul bahawa Hazrat Isa sedang mendakwa dalam caranya sendiri bahawa dialah al-Masih iaitu Penyelamat dari Allah. Jika ianya benar, mereka fikir bahawa dia harus mengerjakan mukjizat untuk membuktikan dakwaannya. Walaupun dia telah melakukan pelbagai mukjizat-mukjizat, mereka masih tidak puas hati. Mereka telah menyaksikan dia memberi makan kepada lima ribu orang dengan hanya lima buku roti dan dua ekor ikan (Lukas 9.10-17) tetapi mereka pula fikir bahawa Nabi Musa juga telah mengerjakan mukjizat-mukjizat yang setandingnya (Yahya 6.31). Dalam cara apakah Hazrat Isa dapat membuktikan bahawa dialah al-Masih yang terpilih? Tanda apakah yang dapat ditunjukkannya kepada mereka bahawa dia lebih besar daripada Nabi Musa?

Dalam zaman itu, manusia tidak sedia dipengaruhi oleh mukjizat-mukjizat dan tanda-tanda ajaib. Apabila tongkat Nabi Musa ditukar menjadi ular, ahli sihir Firaun mengerjakan perkara yang sama. Mereka juga meniru perbuatannya mengubah air kepada darah dan wabak katak dari Sungai Nil. Hanyalah apabila Nabi Musa menghasilkan agas daripada debu, barulah ahli sihir Firaun mengaku, "Allah telah melakukan hal ini!" (Keluaran 8.19) kerana mereka gagal melakukan perkara yang sama. Oleh itu orang Yahudi hanya sedia mempertimbangkan dakwaan-dakwaan Hazrat Isa jikalau dia dapat melakukan perkara yang lebih besar daripada nabi-nabi dulu. Mereka saksi kepada dia memberi makan kepada lima ribu orang, menyembuh pesakit kusta dan orang lahir buta, mengusir roh jahat, dan akhirnya menghidupkan orang mati walaupun orang itu sudah mati selama empat hari. Mereka mengaku mukjizat-mukjizat ini.

Semua ini tidak memuaskan mereka kerana nabi-nabi lain telah melakukan perkara yang hampir sama. Oleh itu, tanda apakah yang Hazrat Isa ada yang lebih unggul? Ya jika dialah al-Masih, sudah tentu dia boleh mengerjakan perkara yang jauh lebih besar daripada ini? Kenapa pula tidak? Nabi Musa memberi moyang mereka roti dari syurga untuk dimakan. Seperti nubuat mengenai al-Masih, dia akan melakukan mukjizat-mukjizat yang hampir sama. (Ulangan 18.18,34.10-11), oleh itu mereka menemui Hazrat Isa akhirnya dan "meminta Yesus melakukan mukjizat untuk membuktikan bahawa Dia datang daripada Allah." (Matius 16.1). Hazrat Isa memahami permintaan mereka lalu berkata:

"Alangkah jahatnya orang zaman ini! Mereka meminta mukjizat, tetapi tidak satu pun akan diberi kecuali mukjizat Nabi Yunus. Sebagaimana Nabi Yunus menjadi satu tanda bagi penduduk kota Niniwe, demikian juga Anak Manusia akan menjadi satu tanda bagi orang zaman ini." (Lukas 11.29-30)
Mereka inginkan satu tanda yang akan meleraikan kesangsian mereka bahawa Hazrat Isa sememangnya al-Masih, Penyelamat dunia. Di sini, Hazrat Isa menjawab dengan jelas dengan memberikan hanya satu tanda di mana mereka akan mendapat kepastian dakwaan-dakwaannya, iaitu mukjizat Nabi Yunus. Walaupun perkara ini telah disebutkan, adalah berguna kepada kita untuk mengulanginya:

Sebagaimana Yunus tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut ikan besar, demikian juga Anak Manusia akan tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut bumi. (Matius 12.40)
Rangka dakwaan Hazrat Isa jelas digariskan. Nabi Yunus telah tiga hari dan tiga malam di dalam perut ikan. Bukan sahaja ini satu tanda kepada kota Niniwe tetapi ia juga pergambaran awal, tanda bahawa Hazrat Isa adalah untuk kaumnya dan bukan mereka sahaja tetapi untuk semua manusia untuk semua zaman. Dia akan "di dalam perut bumi" untuk tempoh yang sama. Apakah maksud kesemua ini? Adakah dia akan mati? Kenapakah dia harus di sana untuk tiga hari? Sudah tentu orang Yahudi pening kepala di atas dakwaan ini tetapi setiap kali mereka menanya dia untuk satu tanda, tiada tanda yang dijanjikan kecuali mukjizat Nabi Yunus. Pada satu hari dia berterus-terang kepada mereka mengenai maksudnya.

5. "RUNTUHKANLAH RUMAH TUHAN INI, LALU DALAM TIGA HARI..."
Apabila Hazrat Isa nampak bahawa orang Yahudi sedang mengubahsuai Rumah Tuhan (tempat menyembah Allah yang masyhur di mana kemuliaan-Nya ialah tumpuan bandar Yerusalem, dikenal di dalam Islam sebagai Baitul-Muqaddis) dari sebuah tempat doa ke tempat berurus niaga, dia telah menghalau penukar wang dan penjual-penjual kambing biri-biri, lembu dan burung merpati. Orang Yahudi pun berkata kepadanya:

"Mukjizat apakah yang dapat kamu lakukan untuk membuktikan bahawa kamu berhak bertindak seperti ini?" (Yahya 2.18)
Dalam erti kata lain, dengan kuasa siapakah kamu, seorang manusia, masuk ke dalam Rumah Tuhan yang hidup dan bertindak seolah-olah kamulah Tuan Rumah? Sekali lagi mereka meminta satu mukjizat lalu Hazrat Isa menjanjikan mukjizat yang sama:

"Runtuhkanlah Rumah Tuhan ini, lalu dalam tiga hari Aku akan membinanya lagi." (Yahya 2.19)
Sekali lagi Hazrat Isa memberikan mereka Mukjizat Nabi Yunus. Sekali lagi tersebutlah tempoh tiga hari tetapi dengan tambahan. Dia mencabar orang Yahudi untuk memusnahkan Rumah Tuhan dan dulu dia telah berkata mengenai dirinya di dalam perut bumi selama tiga hari, sekarang dia berkata mengenai Rumah Tuhan diruntuhkan selama tiga hari sebelum dibina semula. Oleh itu, orang Yahudi menanya dia:

"Empat puluh enam tahun sudah diperlukan untuk membina Rumah Tuhan ini! Engkau mahu membinanya lagi dalam tiga hari?" (Yahya 2.20)
Ini satu soalan bodoh. Mereka meminta untuk satu mukjizat dari Tuhan untuk mengesahkan tindakan yang diambil oleh Hazrat Isa. Jika dia telah kata "Runtuhkanlah Rumah Tuhan ini, lalu dalam empat puluh enam tahun Aku akan membinanya lagi", apakah ianya satu mukjizat? Tetapi dia kata dia akan melakukannya dalam tiga hari. Sudah tentu ini satu mukjizat untuk diperhati dan dihayati oleh mereka, membuktikan bahawa dialah sememangnya semua yang didakwanya.

Inilah salah satu kenyataan unggul Hazrat Isa dan sekiranya ada sebarang kenyataannya yang tidak mudah dilupai di dalam minda orang Yahudi, inilah kenyataan itu.

Semasa Hazrat Isa dibawa untuk dihakimi beberapa tahun kemudian, dua orang saksi yang dibawa untuk memberi keterangan menentangnya berkata mengenai kenyataannya itu. Seorang berkata, "Orang ini berkata, 'Aku dapat merobohkan Rumah Tuhan dan dalam tiga hari Aku dapat membinanya'" (Matius 26.61) Seorang lagi berkata, "Kami mendengar orang ini berkata, 'Aku akan merobohkan Rumah Tuhan yang dibina oleh manusia, selepas tiga hari Aku akan membina yang lain yang bukan buatan manusia.'" (Markus 14.58). Kedua-dua orang ini telah memutarbelitkan kenyataannya kerana salah faham dan ketidakupayaan untuk memahami maknanya. Tetapi mereka sedar, ianya satu kenyataan yang sukar dilupai dan penting!

Sememangnya ketika Hazrat Isa disalibkan, beberapa orang Yahudi mengejeknya lalu berkata, "Kamu mahu merobohkan Rumah Tuhan lalu membinanya dalam tiga hari! Jika kamu Anak Allah, selamatkan dirimu dan turunlah dari salib!" (Matius 27.40). Demikian juga setelah Hazrat Isa telah naik ke syurga, orang Yahudi masih memperkatakan cabarannya dan berangan-angan bahawa adalah kepercayaan Kristian bahawa Hazrat Isa akan kembali memusnahkan tempat suci mereka (Kisah Para Rasul 6.14)

Tumpuan amat besar yang diberi oleh orang Yahudi kepada kenyataan "Runtuhkanlah Rumah Tuhan ini, lalu dalam tiga hari Aku akan membinanya lagi" menunjukkan betapa penting kenyataan itu. Mahupun orang Yahudi memperolokkannya, mereka tidak sedar bahawa merekalah yang memusnahkan Rumah Tuhan itu dengan menyalibkan Hazrat Isa di atas kayu salib; dan tidak sedar juga bahawa pada hari ketiga mereka akan tahu dia telah bangkit kembali. Apabila Hazrat Isa berkata "Runtuhkanlah Rumah Tuhan ini" dia tidak merujuk kepada bangunan yang masyhur di kota itu tetapi kepada tubuhnya sendiri. Di dalam Injil Yahya, Yahya mengulas ke atas pernyataan orang Yahudi mengenai bilangan tahun yang diperlukan untuk membina Rumah Tuhan, "Sebenarnya Rumah Tuhan yang dimaksudkan oleh Yesus itu, tubuh-Nya sendiri." (Yahya 2.21)

Hazrat Isa berkata, dialah Anak Manusia, yang akan berada di dalam perut bumi selama tiga hari dan apabila dia berucap kepada orang Yahudi, sudah jelas dia tidak bermaksudkan Rumah Tuhan di kota Yerusalem yang telah disucikannya. Tetapi kenapa dia merujuk kepada dirinya sebagai Rumah Tuhan? Kita hanya memerlukan sedikit pemahaman ke atas pelayanan dan identitinya untuk mendapat jawapannya. Orang Yahudi mahukan dia membukti bahawa dialah al-Masih dan untuk ini, mengharapkannya memberi mukjizat bahawa Dia lebih besar daripada semua nabi-nabi dahulukala. Dalam jawapannya, Hazrat Isa berhasrat untuk menunjukkan bahawa dia bukan sebarang nabi biasa. Rumah Tuhan di Yerusalem hanya mengandungi hadirat kemuliaan Allah, tetapi mengenai Hazrat Isa kita diberitahu:

Keperibadian Allah juga terdapat sepenuhnya dalam diri Anak, Kristus itu imej Allah yang tidak dapat dilihat. Seluruh keperibadian Allah juga terdapat pada diri Kristus. (Kolose 1.19,15; 2.9)
Perkara sebenar yang dimaksudkan Hazrat Isa ialah: Musnahkan aku, di mana keperibadian Allah terdapat sepenuhnya, bunuhlah aku dan dengan membangkitkan diri saya dari maut tiga hari nanti, akan aku memberi engkau segala bukti yang diperlukan untuk mengaku aku sebagai Tuan Rumah Tuhan.

6. ERTI MUKTAMAD MUKJIZAT NABI YUNUS.
Maka jelaslah mengapa Hazrat Isa memberi orang Yahudi satu tanda, iaitu mukjizat Nabi Yunus. Kematian, pengebumian dan kebangkitannya dari alam maut pasti membuktikan bahawa dialah Al-Masih.

Kita sudah lihat bahawa orang Yahudi meminta mukjizat dari syurga, satu pekerjaan yang lebih unggul daripada apa yang pernah dilakukan oleh sebarang nabi di dalam sejarah manusia untuk membuktikan dakwaan-dakwaannya; dan apabila kita melihat kepada mukjizat-mukjizat nabi-nabi dahulu, kita perhatikan dengan lebih lagi, signifikasi Mukjizat Nabi Yunus. Seperti yang dibincangkan awal lagi, sebelum penghakiman dan penahanan Hazrat Isa, mukjizat terpentingnya ialah membangkitkan Lazarus dari mati selama empat hari. Tetapi ini tidak dapat meyakinkan orang Yahudi (Yahya 12.911). Perkara sebegini telah dilakukan dalam zaman nabi Elisha.

Tetapi perbuatan apakah yang boleh dilakukan selain menghidupkan kembali orang mati? Hanya satu sahaja. Jika orang itu, selepas mati berupaya membangkitkan dirinya dari alam maut dan hidup kembali, sudah tentu inilah mukjizat yang lebih besar, dan mukjizat ini tidak dilakukan oleh sebarang nabi sebelum Hazrat Isa.

Nabi-nabi hidup telah membangkitkan orang mati tetapi mukjizat yang dijanjikan Hazrat Isa ialah bahawa al-Masih akan membangkitkan dirinya dari alam maut. Inilah Mukjizat Nabi Yunus. Orang Yahudi memperolokkan Hazrat Isa di kaki kayu salib, "Kamu mahu merobohkan Rumah Tuhan lalu membinanya dalam tiga hari!", tetapi mereka tidak tahu, bahawa selepas meninggal dunia beberapa jam kemudian Hazrat Isa akan membangkitkan dirinya dari alam maut pada hari ketiga dengan bukti kukuh bahawa dialah al-Masih dan rumah tuhan yang paling muktamad, dialah di mana keperibadian Allah terdapat sepenuhnya di dalam dirinya. Sebagaimana Nabi Yunus telah kembali dari perut ikan di dalam lautan dalam untuk hidup di atas bumi, maka Hazrat Isa akan mati, dikebumikan, dan akhirnya membangkitkan dirinya kembali pada hari ketiga. Pernah sekali Hazrat Isa menjelaskan mengenai ini kepada orang Yahudi:

"Bapa mengasihi Aku kerana Aku bersedia menyerahkan nyawa-Ku, supaya Aku boleh menerimanya kembali. Tidak seorang pun yang dapat mengambil nyawa-Ku daripada-Ku. Aku menyerahkannya dengan rela. Aku berhak menyerahkannya dan Aku berhak mendapatkannya kembali. Inilah tugas yang Aku terima daripada Bapa-Ku." (Yahya 10.17-18)
Bukan sahaja Hazrat Isa memudahkan bahawa dia akan membangkitkan dirinya dari alam maut pada hari ketiga tetapi dia juga sering menunjuk bahawa dialah lebih besar daripada nabi-nabi yang sebelumnya. Apabila orang Yahudi bertanya, "Adakah kamu lebih besar daripada Ibraham?" (Yahya 8.53), Hazrat Isa menerangkan dengan jelas dengan berkata bahawa Abraham bersukacita melihat masa kedatangannya (Yahya 8.56) dan menambah, "Sebelum Abraham dilahirkan, Aku sudah ada." (Yahya 8.58). Dalam cara sama, seorang wanita Samaria berkata kepadanya, "Adakah tuan menyangka bahawa tuan lebih besar daripada Yakub?" (Yahya 4.12) lalu Hazrat Isa menjawab bahawa, sementara Yakub telah meninggalkan sebuah perigi di tanah Samaria dari mana orang akan minum tetapi menjadi dahaga semula, dia dapat meletakkan satu mata air di dalam diri manusia yang memancar dan orang itu tidak akan dahaga lagi (Yahya 4.14).

Dia menunjukkan bahawa dia lebih besar daripada Nabi Musa, kerana Nabi Musa menulis mengenainya (Yahya 5.46). Dia lebih besar daripad Nabi Daud kerana Daud, katanya, "diilhami oleh Roh Allah, menyebut Penyelamat itu 'Tuhan'" (Matius 22.43). Dia dengan terang mengatakan bahawa dia lebih besar daripada nabi-nabi Sulaiman dan Yunus (Lukas 11.31,32) dan dia lebih besar daripada Rumah Tuhan (Matius 12.6), kerana Rumah Tuhan hanya mengandungi satu manifestasi kehadiran Tuhan sahaja tetapi di dalam dirinya, seluruh keperibadian Allah memenuhi.

Tiada manusia yang lebih bijak daripada Nabi Sulaiman tetapi Hazrat Isa Kebijaksaan Allah (1 Korintus 1.24). Nabi Yunus menjadi sumber pertaubatan untuk orang Niniwe tetapi Hazrat Isa sumber segala penyelamatan yang kekal dan sejati untuk sesiapa yang mentaatinya (Ibrani 5.9)

Walaupun terdapat banyak nabi, hanya terdapat satu Al-Masih/Penyelamat. Dan di mana nabi-nabi telah melakukan pelbagai mukjizat, Al-Masih itu melakukan mukjizat yang terunggul sahaja. Sebagaimana pengalaman Nabi Yunus di dalam perut ikan memberi gambaran kepada mukjizat itu, iaitu kebangkitan Hazrat Isa dari alam maut, Hazrat Isa menentukan mukjizat ini sahaja sebagai bukti bahawa dialah Al-Masih itu.

Ini membawa kita untuk menimbang satu kesimpulan Deedat di dalam satu risalah lain di mana dia menulis bahawa tidak ada pernyataan jelas Hazrat Isa di sepanjang kitab-kitab Injil mengenai penyalibannya selain daripada Mukjizat Nabi Yunus (Deedat, 'Was Christ Crucified?', ms. 33). Dia membuat kenyataan ini dalam percubaannya, seperti yang dilakukannya dalam risalahnya yang dibincangkan, untuk membukti bahawa Hazrat Isa masih hidup apabila dibawa turun dari salib, sembuh di dalam kubur dan kembali sihat.

Sekiranya Hazrat Isa dibawa turun dari salib dalam keadaan hidup dan selamat hanya kerana dia sudah hampir mati dan askar Romawi sangka dia sudah mati, dan berjaya melalui perjumpaan sulit dengan pengikut-pengikutnya dan pelbagai penyamaran untuk kembali sembuh (seperti yang didakwa Deedat), mukjizat apakah tanda ini? Sekiranya kita harus menerima dakwaan Deedat, kita mesti membuat kesimpulan bahawa Hazrat Isa terlepas dari maut kerana nasib dan kembali hidup melalui proses biasa. Ini bukan lagi satu mukjizat, mahupun yang terunggul di antara segala mukjizat. Analisa Deedat meninggalkan kita dengan tiada sebarang mukjizat!

Sebaliknya, jika kita menerima kisah penyaliban di dalam Al-Kitab dan menerima bahawa Hazrat Isa mati di salib, hanya untuk membangkitkan dirinya dari maut pada hari ketiga, kita mempunyai mukjizat yang pasti dan bukti bahawa segala dakwaan-dakwaannya adalah benar. Nabi-nabi lain telah membangkitkan orang mati, tetapi Hazrat Isa membangkitkan dirinya dari maut kepada alam kekal dan sejati, kerana dia telah naik ke syurga dan berada di sana hampir dua puluh abad. Hanya di dalam hal inilah kita menghayati maksud Mukjizat Nabi Yunus dan dapat memahami kenapa Hazrat Isa mengecualikan mukjizat itu sebagai satu-satunya mukjizat yang dia sedia memberi kepada orang Yahudi.

Oleh itu, kita nampak bahawa hujah Deedat terakhir kepada teorinya yang Hazrat Isa hidup walaupun disalibkan sebenarnya merupakan bukti terkukuh menentang hujahnya sendiri. Walaupun risalah-risalahnya sedang dibidas, perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana mukjizat yang diberi Hazrat Isa mempunyai implikasi abadi kepada semua manusia di semua zaman. Sebagaimana pengalaman Nabi Yunus di dalam perut ikan memberi kesaksian kepada amarannya kepada kota Niniwe, begitulah kematian, pengebumian dan kebangkitan Hazrat Isa membenar dan membuktikan misi penyelamatannya kepada semua manusia di semua zaman. Jika signifikasi dan kepentingan mukjizat ini gagal difahami dan dihayati oleh kamu, Hazrat Isa tidak memberi mukjizat lain. Bukti-bukti lain tidak perlu diberikan kepada mereka yang enggan percaya kepadanya sebagai Tuhan dan Penyelamat.

Namun, kita mempunyai kepastian dan syor kepada mereka yang berjaya menghayati maksud mukjizat ini dan yang sudah bersedia untuk percaya dalam Hazrat Isa dan mengikutnya segala hidup mereka sebagai Tuhan dan Penyelamat; sepertimana tiada jiwa di Niniwe yang musnah, begitulah juga nyawa kamu sekiranya kamu menyerahkan segala hidup kamu kepada Hazrat Isa yang mati untuk kamu dan bangkit dari alam maut pada hari ketiga supaya kamu juga dapat menikmati hidup abadi bersama-samanya di dalam kerajaan syurga yang akan diperkenalkan bila dia kembali nanti.

99 RISALAH-RISALAH KEBENARAN : • Apakah Allah membenarkan Firman-Nya diubah?


FIRMAN ALLAH TIDAK PERNAH DIUBAH

Al-Kitab bersabda:

"Setiap KALIMAT ALLAH telah teruji; Dia adalah perisai kepada mereka yang berlindung dengan-Nya. Janganlah menambah apa-apa kepada Kalimat-kalimat-Nya, kelak Dia memurkaimu dan engkau terbukti seorang pendusta." (Amsal 30:5-6)

Kami ingin menunjukkan kepadamu, wahai sahabat-sahabatku yang dikasihi, bahawa Al-Kitab itu adalah benar dan Al-Quran tidak pernah mengajar bahawa Al-Kitab telah dipalsukan atau tidak tulen. Cuma salah-tafsiran dan salah tanggapan sesetengah pihak yang telah mendorong mereka percaya begitu.

Pendirian Islam bermula dengan satu hipotesis yang tidak mungkin dibuktikan benar atau salah, satu hipotesis yang berakhir ditempat ia bermula: 'Quran adalah Kitab yang serba benar. Semua Kitab lain yang benar selaras dengannya. AlKitab patut selaras dengannya. Akan tetapi AlKitab yang ada sekarang tidak selaras. Oleh itu AlKitab telah dipalsukan!'

A. Apakah kata Al-Kitab?

Dalam 2 Timotius 3 ayat 16 ia berkata bahawa "Semua Kitab diilhamkan oleh Allah dan berfaedah untuk mengajar, untuk membetulkan, untuk melatih kearah kebaikan." dan dalam 2 Petrus 1:20-26 disabda bahawa Roh Allah menggerakkan manusia menulis apa yang difirmankan Allah melalui RohNya itu.

Dalam Amsal 30:5-6 pula Tuhan dengan jelas sekali berfirman bahawa "setiap kalimat Allah adalah teruji dan jangalah menambah apa-apa kepada Kalimat-kalimat-Nya".

Dalam Ulangan 12 ayat 32 Allah berfirman kepada Bani Israel, "Apa-apa yang Aku perintahkan kepadamu, hendaklah kamu pasti melakukannya; janganlah kamu tambah kepadanya atau buang daripadanya."

Dalam Injil pula Hazrat Isa telah pun menyatakan dengan tegas dalam Matius 24 ayat 35 bahawa "Langit dan Bumi akan lenyap, tetapi Kalimat-kalimat-Ku TIDAK akan lenyap."

Ada banyak lagi dalil-dalil yang membuktikan kesahihan AlKitab dan ia tidak dipesongkan, dipalsukan atau diserongkan.

Malangnya sekali, bahawa pada akhir zaman ada orang yang tampil menuduh umat Kristian memesongkan AlKitab yang telah diamanahkan kepada mereka, tuduhan ini bukan sahaja menentang AlKitab tetapi AlQuran - Kitab suci umat Islam!

B. Apakah kata Al-Quran?

Quran naik saksi akan kesahihan AlKitab yang ilahi. Mereka yang membacakannya terkejut oleh kesaksiannya yang cukup jelas, begitu jelas sehingga tidak perlu ditafsirkan. Kesaksian ini diulangi dalam beberapa Surah termasuk yang berikut:

"Telah tamatlah kalimat Tuhanmu dengan kebenaran dan keadilan. Tiadalah yang mengubah Kalimat-Nya; dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui."

Surah 6:115

"Tiada bertukar-tukar Kalimat Allah..."

Surah 10:64

Allah Tidak Berdusta

Mengatakan bahawa Taurat, Zabur dan Injil telah diubah dan dipalsukan bertilah mengatakan Allah pendusta. Umat Kristian dan Islam kedua-duanya menuntut mempunyai sebuah Kitab daripada Allah dan setiap pihak berkata dengan lantang, 'TUHAN TIDAK BERDUSTA!' Musa telah menulis dalam Taurat:

"Allah bukanlah seperti manusia maka Dia harus berdusta, dan bukan juga anak manusia maka Dia harus mengubah fikiran-Nya. Adakah Dia berfirman dan tidak melakukannya? Adakah Dia berjanji dan tidak menunaikannya?"

Bilangan 23:19

Kitab Zabur Nabi Daud juga menunjukkan sifat Allah:

"Aku tidak akan memungkiri Perjanjian-Ku atau mengubah apa yang telah dituturkan oleh bibir-Ku. Sekali dan untuk selama-lamanya, Aku telah bersumpah demi kekudusan-Ku; Aku tidak akan berdusta kepada Daud."

Zabur 89:34-35

Hazrat Isa bersabda:

"Ingatlah! Selama langit dan bumi masih ada, titik atau huruf yang terkecil sekalipun di dalam Taurat, tidak akan dihapuskan jika semuanya belum berlaku."

Matius 5:18

Dari Quran: '....Tiadalah yang mengubah Kalimat-Nya...'

Surah 6:115

Allah Konsisten

Mengapakah utusan ini begitu tegas diulangi dalam ketiga-tiga kitab suci? Allah telah memberi kita hidayah (ajaran yang membawa ke jalan benar) dan amaran supaya kita selamat daripada bencana atau hukuman. Dalam keadaan dunia yang beraneka falsafah serta pendapat yang mengelirukan, hanya ada satu yang muktamad yang wujud sepenuhnya, dalam diri-Nya dan dengan sendiri-Nya, iaitu Allah.

Allah telah berkali-kali memaklumkan kepada kita dalam Kalimat-Nya bahawa Dia tidak berdusta, oleh itu kita boleh percaya kepada-Nya. Allah dan Kalimat-Nya adalah satu. Dengan demikian adakah sesiapa yang berani mempersoalkan kebenaran Allah?

Setiap kali kata-kata "Allahu Akbar" dilafazkan berulang-ulang kita menegaskan bahawa Allah bukan sahaja lebih besar daripada manusia tetapi juga berbeza dengan manusia. Manusia berdusta; Allah tidak pernah berdusta. Dia tidak pernah berdusta pada masa lalu dan tidak akan berdusta selama-lamanya. Oleh itu, Quran berkata, "Tiada bertukar-tukar Kalimat Allah..." (Surah 10:64)

Al-Quran Mengesahkan

"ALLAH TELAH MEMELIHARA KALIMAT-NYA"

Mungkin masih ada orang yang enggan mempercayai kuasa mukjizat Allah untuk memelihara Al-Kitab daripada diubah. Oleh itu, marilah kita merujuk kepada beberapa bukti lagi dari Al-Quran:

Menurut Al-Quran, Allah tidak pernah menurunkan kitab yang palsu. Nabi Muhammad dan umat Islam dinasihati supaya berpaling kepada mereka yang telah menerima kitab-kitab sebelumnya. Jika pengkaji Al-Quran ragu-ragu tentang siapa Isa Al-Masih dan apabila bertemu wahyu yang tidak pasti dan kabur dalam Al-Quran (dan jumlahnya banyak) berpalinglah kepada Al-Kitab untuk mendapat jawapan!

Surah 21:7 "Kami tiada mengutus sebelum engkau, (ya Muhammad), melainkan beberapa laki-laki, yang Kami wahyukan kepada mereka, maka tanyakanlah kepada orang-orang ahli kitab, jika kamu tiada tahu."

Kitab-kitab ini masih boleh didapati pada masa hayat Nabi Muhammad.

Surah 10:94 "Jika engkau syak wasangka, tentang apa yang Kami turunkan kepada engkau (ya Muhammad), hendaklah engkau tanyakan kepada orang-orang yang membaca Kitab sebelum engkau."

Nabi Muhammad bukan sahaja merujuk kepada Taurat dan Injil tetapi juga menyokongnya.

Surah 5:66 "Kalau sekiranya mereka mengikut Taurat dan Injil dan apa-apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, niscaya mereka memakan (rezeki) dari atas (kepada) mereka dan dari bawah kaki mereka. Di antara mereka itu ada umat yang pertengahan (baik), tetapi kebanyakan mereka mereka amat jahat perbuatannya."

Pendeknya, Al-Quran jelas membayangkan kewujudan dan ketepatan Al-Kitab pada masa hayat Nabi orang Islam. Quran naik saksi akan kesahihannya dan sifatnya sebagai wahyu. Nyatalah orang Kristian tidak mengubah atau memalsukan kitab mereka. Kitab itu sah pada era pembangunan Islam. Ia tetap tulen hingga hari ini. Kalaupun ada orang Kristian pada zaman Nabi Muhammad yang ingin memalsukan Al-Kitab mereka, tidak mungkin mereka mengubah semua salinan dan naskhah yang wujud di serata dunia Kristian, tertulis dalam sebilangan besar bahasa di dunia. Quran memberi kesaksian yang jelas, berkali-kali, tentang ketulenan AlKitab, dan menyeru segala umat supaya hidup menurut perintahnya. Jika AlKitab bebas daripada pemalsuan pada masa itu, ia tetap bebas hari ini!

Sejarah Mengesahkan:

"ALLAH MEMELIHARA KALIMAT-NYA"

Orang yang beriman hendaklah berpegang teguh kepada kudrat dan iradat Allah untuk memelihara Kalimat-Nya daripada diubah. Janganlah menyertai orang tidak beriman, yang cuba mengatakan bahawa kuasa yang lebih besar berada di tangan mereka yang tidak memegang amanah, yang telah cuba memalsukan maksud atau makna Al-Kitab.

Perjanjian Baru selanjutnya menangani persoalan sama ada tipu daya manusia dapat mengatasi kebenaran Allah. Roma 3:2-4 mengatakan:

Tentu banyak faedahnya! Pada mulanya Allah mengamanahkan firman-Nya kepada orang Yahudi. Tetapi bagaimana halnya jika sebahagian daripada orang Yahudi tidak setia? Adakah kerana hal itu Allah menjadi tidak setia? Tentu tidak! Allah sentiasa benar, walaupun setiap orang berdusta.

"Di antara mereka itu ada satu golongan yang memutarbelitkan lidahnya dengan (membaca) Kitab...." (Surah 3:78)

Mereka ini pastilah tidak berjaya, sebagaimana diterangkan selanjutnya dalam Surah 3:78 ".... supaya kamu menyangka ia dari Kitab Suci padahal sebenarnya bukan.'"

Hazrat Isa al-Masih sendiri telah mengutuk salah-tafsiran demikian terhadap Alkitab tetapi tidak pernah menuduh mereka yang berkenaan mengetepikan teks Alkitab. Contohnya, Markus 7:9-13 mengatakan: "Cerdik sekali cara kamu menolah perintah Allah untuk mempertahankan ajaran kamu sendiri. Musa memberikan perintah ini, 'Hormatilah ibu bapamu,' dan 'Orang yang mencaci ibu bapa mesti dihukum mati. Tetapi kamu memberi ajaran berikut: Jika seseorang berkata kepada ibu bapanya, 'Apa yang seharusnya saya gunakan untuk menolong ayah dan emak, sudah saya jadikan Korban. Semuanya sudah saya persembahkan kepada Allah.' Maka orang itu tidak payah menolong ibu bapanya. Dengan jalan ini ajaran yang kamu sampaikan kepada orang lain, meniadakan firman Allah. Banyak lagi perkara seperti ini yang kamu lakukan."

Quran juga mengesahkan pendirian ini secara tidak menyatakan apa-apa. Tidak terdapat di mana-mana pun dalam Quran nas yang mengatakan ataupun membayangkan bahawa teks Torah atau Injil telah diubah atau dipalsukan. Oleh itu, boleh kita simpulkan bahawa hanya orang yang tidak beriman, yang berani mempersoalkan kesucian dan kebenaran Allah (menurunkan-Nya ke darjat manusia pendusta), yang mungkin mempercayai bahawa manusia dapat mengubah kalimat-kalimat Allah Maha Kuasa setelah Dia sendiri menentukan bahawa kalimat-kalimat itu tetap tidak akan berubah selama-lamanya.

Nabi Daud bersabda tentang Allah: "Dia ingat akan perjanjian-Nya selama-lamanya, Kalimat yang diperintahkan-Nya, bagi seribu keturunan." (Zabur 105:8)

Malahan, hari ini ada beberapa salinan naskhah-naskhah tulen dari berabad-abad sebelum kebangkitan Islam. Ini dapat dibandingkan dengan Alkitab kita hari ini oleh sesiapa sahaja yang jujur mencari kebenaran. Daripada naskhah yang banyak itu, disenaraikan beberapa di bawah ini.

Nama Naskhah Lokasi Tarikh
P52 John Rylands John Rylands Library, Manchester, England. 117-138 AD
P45, 46, 47 Chester Beatty Papyri University of Michigan, Ann Arbor, Michigan 250 AD
Codex Vaticanus (B) Vatican Library, Vatican City, Italy 325-250 AD
Codex Sinaiticus (Aleph) British Museum 340 AD
Codex Alexandrinus (A) National Library of the British Museum 450 AD
Dead Sea Scrolls/Manuskrip Laut Mati Dijumpai dekat Qumran 352 BC - 68 AD

Setelah mengkaji bukti ini dengan jujur , dapatlah kita simpulkan bahawa Al-Kitab yang wujud hari ini tidak diubah daripada asal dan boleh dibandingkan secara langsung dengan yang wujud pada zaman Nabi Muhammad.

Oleh itu, mereka yang beriman kepada Allah Maha Kuasa, satu-satunya Tuhan yang sebenar bagi alam semesta, tidak akan percaya bahawa Dia akan membenarkan sepatah pun Kalimat firman-Nya diubah. Allah tidak mungkin ubah dan begitu jugalah Kalimat-Nya, Al-Kitab.

Ini meletakkan tanggungjawab besar ke atas setiap orang untuk membaca sendiri apa yang difirmankan oleh Allah. Kami percaya bahawa Perjanjian Lama itu wahyu ilahi. Kanun Perjanjian Lama selesai ditulis pada tahun 300 sebelum Masehi dan dibahagikan oleh orang Yahudi kepada tiga bahagian: Taurat iaitu Hukum-hukum, Nabi-nabi dan Tulisan-tulisan.

Mengenai Perjanjian Baru pula, para pengkaji setuju bahawa ia telah ada tertulis dan tersebar ketika banyak daripada pengikut Hazrat Isa yang telah melihat dan mendengar-Nya masih HIDUP. Perjanjian Baru terdiri daripada empat rekod Injil, Kisah Rasul-Rasul, warkah-warkah Petrus, Yakub, Yahya, Paulus dan Yudas dan Buku Wahyu.

Jika anda ingin mendapat senaskhah Kalimat Allah, atau ingin bertanya sesuatu janganlah segan menujukan soalan-soalan saudara pada alamat yang terdapat di laman Web ini.

99 RISALAH-RISALAH KEBENARAN • Ibrahim dan Perayaan Korban


IBRAHIM DAN PERAYAAN KORBAN
1) Penebusan Dosa dalam konteks Kitab Suci membawa erti bahawa Tuhan menghapuskan dosa. Pendekatan yang paling hampir dengan pandangan ini ialah kisah berkenaan pengorbanan anak lelaki Ibraham dalam Al-Quran:

Ibrahim berkata : Aku pergi kepada Tuhanku (ke tempat yang disukainya). Dia akan memimpin aku. Ya Tuhanku, berilah aku anak yang salih. Kemudian Kami gembirakan dia dengan seorang anak yang penyantun. Setelah anak itu sanggup berusaha bersamanya, berkata Ibrahim kepadanya: Hai anakku, sesungguhnya aku bermimpi dalam tidur, bahawa aku menyembelih engkau, maka perhatikanlah, bagaimana pikiran engkau? Sahut anaknya: Hai bapaku, perbuatlah apa yang diperintahkan itu, bapa akan mendapatiku berhati sabar, Insya Allah. Tatkala keduanya patuh (menurut perintah Allah) dan telah digulingkannya anaknya (ke tanah) atas pipinya. Lalu dia Kami seru: Hai Ibrahim! Sesungguhnya telah engkau turut mimpi itu, sesungguhnya begitulah Kami membalasi orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini adalah cobaan yang nyata. Kami tebusi anaknya itu dengan sembelihan yang besar (seekor kibas). Dan Kami tinggalkan untuknya pada orang-orang yang kemudian (kalimat ini): Keselamatanlah untuk Ibrahim. Demikianlah Kami membalasi orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya dia salah seorang dari hamba-hamba Kami yang mukmin. Kami gembirakan dia dengan Ishaq, seorang nabi, serta termasuk orang-orang yang salih. (Sura 37:99-112)

2) Apakah yang kamu memahami daripada ayat-ayat di atas :

Al-Quran tidak menyatakan secara khusus siapakah antara dua orang anak Ibrahim yang dipilih sebagai korban. Oleh itu, ahli sejarah Islam tidak mencapai persetujuan dalam hal ini. Jadi, adalah kurang tepat bagi kita menuntut bahwa adalah Ismail dikorbankan sedangkan Al-Quran tidak menyatakan apa-apa tentang hal ini.


Bahawa Tuhan berfirman kepadanya dalam mimpi (melalui suatu visi) supaya mengorbankan anaknya.


Ini merupakan satu ujian keimanan (bukannya ujian Hukum Allah) bagi Ibrahim.


Allah telah menebus anaknya dengan suatu 'sembelihan yang besar' (mahal), yang telah disediakan oleh Tuhan sendiri.


Perbuatan iman ini diperhitungkan sebagai kesalihan Ibrahim.


Bahawa disini terdapat pengajaran tentang penebusan, iaitu memperolehi pelepasan atau pengampunan melalui pembayaran penebusan itu.


3) Dalam Islam adapun dua perayaan besar, Id-Al-Adha (Hari Raya Haji) dan Id-Al-Fitr (Hari Raya Puasa). Id-Al-Adha adalah yang lebih agung antara kedua-duanya, iaitu ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Bagi umat Kristian pula, pengorbanan Ibrahim merupakan gambaran dalam Perjanjian Lama berkenaan kematian Hazrat Isa, sebagai Al-Masih (Juruselamat) yang membawa keselamatan (Ibrani 11:17-19).

Di dalam Al-Quran, Ibrahim digambarkan sebagai "salah seorang dari hamba-hamba yang mukmin" (Surah 37:111). Ciri paling ketara dalam agama Ibrahim ialah iman; BUKANLAH Hukum tetapi iman.


Dalam petikan Al-Quran yang dibincangkan itu, jelas bahawa sikap kerohanian dan pengalaman Ibrahim telah menjadikannya Salih disisi Allah. Oleh sebab itulah tertulis "Demikianlah Kami membalasi orang-orang yang salih." Kesalihan (kebaikan) ini, walau bagaimanapun, tidak timbul daripada kepatuhan kepada suatu kod Undang-undang atau Hukum.

Ringkasnya, Ibrahim diisytiharkan salih oleh Tuhan semata-mata kerana dia percaya kepada Allah melalui suatu visi yang istimewa lalu dia melakukan apa yang sepatutunya. Kebenaran Ibrahim bukan merupakan kebenaran yang datangnya dari kepatuhan kepada Hukum-hukum tetapi berdasarkan iman.

Mengenai Islam sebenar inilah - yakni akidah Ibrahim - Alkitab menyatakan: "Jadi apakah akan kita katakan tentang Ibrahim, bapa leluhur jasmani kita? Sebab jikalau Ibrahim dianggap benar kerana perbuatannya yang baik, maka ia beroleh dasar untuk bermegah. Tetapi tidak di hadapan Tuhan ! Sebab apakah yang dikatakan oleh nas Kitab Suci? 'Lalu percayalah Ibrahim kepada Tuhan, dan Tuhan memperhitungkan hal ini sebagai kesalihan Hazrat Ibrahim (Roma 4:1-3).'"
Dalam hal ini Kitab-kitab suci Al-Kitab dan Al-Quran ada persetujuan. Dengan perkataan lain, keseluruhan ujian yang dilalui oleh Ibrahim merupakan pernyataan tertinggi akidah Islam yang sebenarnya yang dianuti oleh Ibrahim. Ini bermaksud penyerahan diri yang sepenuhnya kepada Tuhan dan mengasihi-Nya lebih daripada segala-galanya di dunia dan melebihi kasih sayang bagi sesiapa juga! Betapa bezanya ini daripada Islam yang dianuti hari ini. Kenapakah hal ini demikian?

PENGGANTIAN
4) Binatang yang diambil oleh Hazrat Ibrahim dan dikorbankan sebagai ganti anaknya, diibaratkan di dalam Al-Quran sebagai "besar dan agung" dan diterima sebagai tebusan.

Terdapat tiga ciri unik dalam pengorbanan Ibrahim yang perlu dipertimbangkan:

Binatang itu diberi oleh Tuhan secara langsung. Apa yang menjadikan binatang itu besar dan agung bukanlah sifat-sifat jasmaniah binatang tersebut kerana seekor unta lebih besar daripada seekor kibas. Adalah lebih bermakna jika kebesaran binatang itu dilihat dari segi ianya merupakan pemberian dari syurga. Jika dilihat dari segi Al-Kitab, keagungan binatang korbanan terletak pada unsur simbolisnya yang menunjuk kepada suatu pengabulan pada masa akan datang !


Ia merupakan suatu tebusan atau pengganti bagi anak Ibrahim. Apabila seseorang penyembah mempersembahkan korbanan kepada Tuhan, korbanan itu datangnya dari Tuhan pada asasnya. Penyembah itu mengambil dari apa yang sebenarnya hak milik Tuhan dan mempersembahkannya kembali kepada Tuhan. Hakikat yang penting ini dikenali di dalam semua persembahan korban dalam Islam dan ini juga merupakan ajaran didalam Al-Kitab! Menurut satu tradisi, Nabi Muhammad mengorbankan dua ekor kibas pada hari Perayaan Korban dan berdoa. Dalam doa dia mengisytiharkan rumusan:

"Ya Allah, korban ini dari Engkau, dan untuk Engkau, terimalah dari Muhammad dan umatnya." (Mishkat, Buku 14, Bab xlix)

Al-Quran mengisytiharkan dengan jelas bahawa Tuhan menebus anak Ibrahim dengan korban yang mulia. Seekor Kibas yang telah dibekalkan oleh Tuhan bagi mengantikan anak Ibrahim.


Keseluruhan peristiwa itu mempunyai makna simbolis yang menunjuk kepada suatu pengabulan pada masa akan datang. Kita mestilah ingat bahawa menurut kisah tersebut, Ibrahim mahupun anaknya tidak melakukan apa-apa dosa yang perlukan penebusan seperti yang difahami oleh umat Islam dari istilah tersebut. Oleh itu, penebusan anak Ibrahim adalah simbolis dan bukannya untuk menebus dosa-dosa yang dilakukan oleh mereka. Ia menunjuk kepada apa yang Allah rencanakan pada suatu masa yang wajar kelak dengan menghantar anak-Nya sendiri sebagai tebusan bukan sahaja bagi Ishaq, Ismail dan Ibrahim tetapi juga bagi seluruh dunia.


5) Allah membiarkan Hazrat Ibrahim menderita sebagai seorang ayah sehingga ke tahap yang setinggi mungkin bagi seorang manusia. Al-Quran memberi gambaran yang sama tentang babak yang mengharukan ini. (Sura 37:104,105) Melalui pengalaman Ibrahim sebagai seorang ayah yang pengasih dan menderita, Tuhan ingin mengajari kita rahsia yang lebih dalam tentang diri-Nya dan anak-Nya yang dikasihi – Fiman-Nya (Kalima min Hu). Untuk menebus dunia dari dosa, Tuhan harus membuat bayaran yang paling tinggi, iaitu kematian yang berupa pengorbanan dan penebusan oleh Anak-Nya yang tunggal sebagai manusia (Yohanes 1:14). Dia mati di atas kayu salib sebagai korban dan bangkit semula untuk memberi hidup yang kekal kepada semua yang percaya dan patuh kepada-Nya!

6) Aid-il-Adha yang dirayakan oleh umat Islam merupakan kesempatan yang terbaik untuk mengetahui kisah yang terkandung di dalam Kitab Injil, Kejadian bab 22. Baca juga Yohanes 8:31-59 dan Ibrani 10:1-8.

7) Inilah maksud keseluruhan kisah tersebut – Hazrat Ibrahim dan pengorbanan anaknya serta pelajaran-pelajaran yang boleh kita pelajari:

Anak Ibrahim telah dijatuhkan hukuman mati. Tuhan telah memerintahkan Ibrahim supaya mengambil anaknya dan mengorbankannya di atas mazbah. Penghakiman Tuhan jatuh ke atasnya. Tuhan memerintahkan Ibrahim supaya menghimpunkan batu-batu, meletakkan kayu di atasnya, mengikat anaknya dan membunuhnya, lalu membakar tubuhnya. Adakah para Muslimin tahu apakah korban bakaran? Anaknya itu sama seperti mana-mana lelaki dan wanita pada hari ini. Kita semua berada di bawah hukuman Tuhan dan dijatuhkan hukuman maut.


Anak Ibrahim tersebut insaf akan kebenaran. Tiba-tiba dia sedar akan kebenaran dan persoalan yang paling menonjol dalam fikirannya ialah "Di manakah binatang korban – iaitu domba itu ?" Dia sedar bahawa dengan tiadanya domba yang dijadikan korban, dia akan dibunuh! Ini merupakan kebenaran yang serius. Setiap manusia mesti membawa korban atau dijadikan korban. Bertahun-tahun selepas itu, rayuan yang menyayat hati ini berbunyi: Di manakah Domba? Di manakah Domba yang boleh menyelamatkan manusia? Anda boleh tahu secara pasti bahawa korban sembelihan yang dipersembahkan pada Perayaan "Aid" tidak mencukupi kerana ia dibeli di pasar dengan suatu harga sedangkan Manusia tidak boleh dinilai harganya kerana dia tidak dapat ditebus dengan darah binatang (Ibrani 10:4). Adalah mustahil darah kerbau dan kambing boleh menghapuskan dosa. Apabila sesuatu jiwa itu sedar akan bahaya yang dihadapinya, ia akan mencari seseorang untuk menyelamatkannya, seekor domba untuk menebuskannya. Di manakah Domba itu?


Anak Hazrat Ibrahim telah diselamatkan. Syukur kepada Tuhan. Tuhan menghantar seekor kibas supaya anak Ibrahim itu tidak perlu mati. Ibrahim sendiri tidak mendugainya tetapi dia percaya bahawa "Tuhan akan membekalkan diri-Nya korban itu." Dia seorang mukmin sejati yang menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Dia percaya bahawa kalaupun anaknya dikorbankan, Tuhan akan membangkitkannya dari kematian!

Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang –orang mati." (Sura 2:260)

Dia telah menyerahkan diri sepenuhnya (muslim) kepada Tuhan, tetapi dia tidak dapat menghayati hakikat yang paling penting. Yakni Tuhan telah menghantar korban itu. Anaknya tidak perlu mati, tetapi Ibrahim tidak menyedarinya sehingga Tuhan dalam belas kasihannya menghantar seorang utusan untuk menunjukkan kepadanya. (Kejadian 22:11-13)
Wahai sahabatku, engkau pun adalah seperti Ibrahim. Engkau tidak dapat melihat bahawa Tuhan telah menghantar Domba untuk mati bagi engkau. Berabad-abad kemudian, setelah menyedari sepenuhnya bahawa dia telah dibangkitkan khusus untuk mendedahkan Domba Allah (yakni Hazrat Isa) kepada dunia, Yahya Pembaptis (Yahaya ibn Zakaria) melihat Isa datang ke arahnya, lalu Yahya berseru: "Lihatlah Anak Domba Allah, yang menghapus dosa dunia." (Yohanes 1:29)

Untuk mengesahkan bahawa apa yang telah kita pertimbangkan bukan merupakan agakan semata-mata tentang apa yang telah difahami oleh Ibrahim melalui perintah Allah untuk mengorbankan anaknya, marilah kita dengar apa yang dikatakan oleh Hazrat Isa sendiri dalam khutbahNya kepada orang-orang Yahudi berkenaan Ibrahim. Mereka mengisytiharkan bahawa Ibrahim merupakan bapa leluhur mereka tetapi adakah mereka tahu (Dan adakah engkau tahu) dari mana datangnya Yesus ? Yesus menjawab, "Ibrahim Bapamu bersukacita bahwa ia akan melihat hari-Ku dan ia telah melihatnya dan ia bersukacita. Maka kata orang-orang Yahudi itu kepadaNya: UmurMu belum sampai lima puluh tahun dan Engkau telah melihat Ibrahim? Kata Isa kepada mereka: Aku berkata kepadamu, sesungguhnya sebelum Ibrahim lahir, Aku wujud ." (Yohanes 8:56-58)

Ibrahim memahami bahawa dalam pengorbanan itu, terbukti benarnya ramalan bagi satu lagi pengorbanan yang akan datang. Oleh itu, dia menamakan tempat terjadinya peristiwa bersejarah itu: Yahweh-Jireh bermaksud "Tuhan Akan Membekal". Maka, di atas sebuah Bukit yang lain di luar kota Baitulmuqadis Isa telah di salibkan di atas kayu salib, dialah merupakan satu-satunya Domba yang telah disediakan oleh Tuhan. Tuhan mengutus Dia sebagai korban yang maha mencukupi untuk menebus dosa seluruh dunia.

Wahai sahabat-sahabatku kaum Muslimin, engkau percaya, engkau mendakwa bahawa engkau telah menyerahkan dirimu sepenuhnya kepada Allah, tetapi sehingga kini engkau tidak dapat melihat kebenaran yang asas bahawa Isa adalah korban (tebusan) Tuhan. Kenapa tidak mengambil langkah untuk mengenali Tuhan secara peribadi, serperti Ibrahim telah mengenali Tuhan ! Kenapa tidak menerima pengorbanan Isa untuk pengampunan dosa supaya Dia memberikan engkau hidup yang kekal.


--------------------------------------------------------------------------------